Assalamualaikum wbt.
First of all, ni adalah entry saya yang paling muda,hehe, so insyaAllah saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang 4 hari 3 malam di Acheh.
 |
| surau kampung takengon |
Subhanallah... selepas dari program tu fikiran saya memang masih teringatkan suasana di sana. Dengan kedaifan masyarakat, anak2 yang kehilangan ibubapa.. Mereka menempuhi satu kehidupan yang sukar. Selepas peristiwa tsunami pada 26 Dis 2004, mereka sudah menganggap Acheh sudah melalui satu kiamat.
 |
| tsunami 26 Dis 2014 |
Disana saya diberi kesempatan berkenalan dengan seorang ustaz iaitu Abg Mukhlisin Nurdin. Seminggu sebelum kedatangan kami ke Acheh, satu gempa bumi telah menggegar salah satu daerah di Acheh. Kata Abg mukhlisin, korban jiwa HANYA 40 orang. HANYA 40 orang. Subhanallah...... Abg Mukhlisin menggunakan perkataan "HANYA" . Ini menunjukkan korban jiwa seramai 40 orang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kalau kita lah kan dekat malaysia, kemalangan bas mengorbankan 10 ekor anak ayam dah kecoh kat tv3 4 hari 4 malam. Hahahaha. melawak aja pak :D .
 |
| Abg Mukhlisin & isteri mengajar anak2 mengaji dirumah anak yatim |
Juga berkesempatan bertemu dengan Abg Marhaban yang menjadi salah seorang penjual makanan2 ringan sekitar Masjid Baiturrahman. Abg Marhaban merupakan salah seorang mangsa tsunami yang terselamat....Abg Marhaban menceritakan macam2 kisah tentang Acheh dari zaman bergolak Indonesia - Acheh sampailah Acheh 2014. hmmmm, kalau diceritkan semuanya memang jadi novel online la sini. kuangg3 :D. Yang paling tersentuh pabila Abg Marhaban cerita kepada saya disaat dia bergelut dengan bancana ujian Allah itu.. Abg Marhaban dibawa arus ombak yang mega hebatnya sejauh 5 kilometer. Dia terkapai kapai didalam kekalutan air yang kehitaman tu.. Didalam keadaan yang antara hidup dan mati itu, Abg Marhaban berbisik dengan dirinya "hari ni bukan hari jumaat bererti hari ini bukan kiamat, dan aku masih ada peluang selamatkan diri sambil hati berdoa kpd Allah" . abg marhaban ibarat mendapat satu nafas yang baru, dan Alhamdullilah ditakdirkan Allah Maha Besar, Abg Marhaban telah timbul dibawah satu bumbung rumah yang dihanyutkan air. Allah yang mendatangkan segala kejadian dan Allah jugalah sebaik baik penolong. Abg Marhaban ternampak masjid Baiturrahman yang air hampir mencecah kubah masjid. Allahu...sempat saya menoleh kpd abg, kelihatan mata Abg Marhaban berkaca kaca..huhuhu. seterusnya diceritakan juga olehnya, sewaktu tsunami, arus deras tsunami seakan akan terbelah semasa melanggar masjid baiturrahman.. Kelihatan diluar air hampir mencecah kubah,akan tetapi pandangan dari dalam masjid kelihatan air yang berada diluar seakan akan disekat oleh sesuatu... seperti satu akuarium yang menghalang air dari melimpah.. Abg Marhaban juga menceritkan kisah satu keluarga Chinese yang berlindung didalam masjid itu sewaktu kejadian.. Mereka melihat beberapa lembaga yang sangat besar yang dipercaya malaikat di awang awangan berlegar disekitar langit masjid baiturrahman. Syukur Alhamdullilah mereka satu kelurga telah melafazkan kalimah suci لا إلــــــه إلا الله محمد رسول الله setelah melihat kekuasaan Allah itu. Sepanjang berada di bumi Acheh atau dikenali sebagai serambi Mekah itu, hati sangat2 lah tersentuh. Allahuakhbar! hanya hati dan jasad yang kesana memahami apa yang diuahkan ini dan semoga apa yang dikongsi ini membawa manfaat serta iktibar bersama. insyaAllah ...
 |
| Masjid Baiturrahman |
 |
| bersama penduduk kampung | |
|
|
|
|
|
|
 |
| anak2 yatim. sedih lihat wajah mereka :( |
 |
| Alhamdullilah touched down safely at KLIA 2 |
|
tersentuh melihatnya...... :'(
insyaAllah nk g sane jgk. ;) nice entry.. keep it up org tue
ReplyDelete