Assalamualaikum wbt.
'' Tulang rusuk kiri bergetar ''
Adakah benar getaran itu membawa pertanda jodoh atau getaran yang dipetik syaitan yang penuh tipu daya menyesatkan ?
Kebiasaanya yang dialami anak muda remaja sekarang termasuklah tuan empunya diri ini ialah jatuh cinta pada orang yang salah , pada tika ketika yang tidak tepat dan tika waktu iman masih bergelut buas dengan nafsu usia muda . Cinta itu di ibaratkan sihir . Yang memungkin kan apa semua yang mustahil . Cinta juga bersifat infiniti yang tiada kesudahan .
*tarik nafas , bismillah
Jatuh cinta sememangnya fitrah . Saya ulang , ianya FITRAH . Fitrah yang dijadikan Allah pada setiap jiwa makhluk-Nya supaya kita sedar yang ukhwah cinta sememangnya indah . indah bagaimana ?
Cinta itu indah apabila saling melengkapi . Cinta itu indah apabila berukhwah dan berakidahkan Islam . Cinta itu menjadi semakin indah apabila saling tegur menegur saling nasihat menasihati. Tetapi keindahan cinta tidak dapat ditandingi apabila ianya HALAL !
Persoalan nya . Salah kah jatuh cinta ?
Hehhh !
Ceq nak tanya hangpa ni . Hangpa ni manusia atau tin biskut yang tidak punyai perasaan ? Heeee
Sememangnya tak salah . Malahan cinta itu ukhwah . Ukhwah itu sangat sangat indah . Tapi bak kata ustazah fatimah syarha , adakah cinta yang lahir tu cinta alat ? ataupun cinta matlamat ..
Baru baru ini kami sempat ber islamic circle.
Penah diutarakan tajuk ini.
Haaa bukan main rancak lagi bebbb kongsi ilmu . Hahaha
Yang paling menarik sekali ialah daripada akhi naqib saya .
'' Dia kata tak salah jatuh cinta . Tetapi ada caranya nak didik hati dalam jatuh cinta ''
*baca dua kali
Ye . BOLEHKAH ? Saya tahu awak awak semua mesti nak cakap/hentam kenyataan ni . Bukankah itu salah satu jalan mendekatkan kepada zina. Jatuh cinta mendekatkan kepada zina ?
Bebbbs, mari keluar sikit dari kepompong fikiran celaru celara ni .
Jatuh cinta dan bercinta itu tak sama ! Jatuh cinta itu kehidupan. Bercinta pula haram andai bukan dalam ikatan yang sah .
Okay mari kita lompat ke sudut lain .
Cuba kita statistik kan ramai mana yang kapel ? Berdua duaan . Berkasih kasihan . Bersayang sayangan . Bermanja manjaan.
Ramai bukan ?
Wujud je golongan ''faham'' Islam yang hentam dan terus cakap kat pasangan yang tengah mabuk bercinta ni bahawa cinta itu haram ! berdosa ! masuk neraka ! bla bla bla *sambil betulkan kopiah.
Ini dapat dianalogikan seperti mengajak seseorang yang tak penah solat fardhu untuk solat dhuha .
Rasa rasanya dorang boleh terima ke cara macam tu ? dakwah pun ada caranya . Saya bukan ustaz . Saya bukan ulama' . Apa lagi wali Allah . Hanya perkongsian jiwa. Seeloknya orang yang faham Islam ini lebih kreatif dalam berdakwah . Jangan sampai niat baik itu disalah ertikan sehingga menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari Islam .
Bagi saya. Untuk anak muda yang jatuh cinta, seeloknya ..
1. Berdoa dan sabar hati dalam menanti.
2. Kalau tak mampu , takut si dia di ambil orang, Jumpa wali si dia. Terus terang .
Tetapi sebaik baiknya andai nafsu tidak lagi mampu dikawal . Hati tidak mampu lagi di sabarkan .
Berpuasa lah .
InsyaAllah ia mampu mendidik nafsu . Akan tetapi jangan sesekali bermain dengan api ! Takot terbakar diri merana jiwa tatkala hati dah tak mampu di frekuansikan lagi dengan Allah . Dan jangan menjadi pencuri kepada iman seseorang . Jangan !
Dan ada satu kata kata penyeri daripada seorang ahli usrah saya .
Rukun nikah ada 4. Tetapi rukun kapel hanya satu je .
Teka apa ?
A.Tidak halal
B. Haram
C. Dekati zina
D. Rosak hati
*nanti boleh rujuk ustaz/ ustazah korang
Bagi yang faham tentang COUPLE ni . Tegur jangan sampai menghina . Benci jangan sampai mencaci . Sesungguhnya Islam itu indah .
Wallahualam.



No comments:
Post a Comment