AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^
Showing posts with label Perigi Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perigi Ilmu. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

Tidur

Assalamualaikum.

InsyaAllah satu perkongsian ilmu berkaitan tidur dalam Islam.

Apa itu HAILULAH ?

Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tak bangun juga termasuk). Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

Pernah dengar QOILULAH ?

Qoilulah pula ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat  malam).

Apa pula A'ILULAH ?

A'ilullah pula ialah tidur selepas Asar, ianya mengundang penyakit kepada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana.

Demikian lah jenis2 tidur . Selamat ber-Qoilulah ^_^

Sebelum tidur pula amalkan : !

1.  Berwudhu'
2. Mengibas tempat tidur dengan kain
3. Berbaju ketika tidur
4. Berbaring sebelah kanan
5. Haa nak tidur dah ? Nanti dulu ! Meh tadah tangan baca doa dulu . Dan akhirnya ucap la dua kalimah syahadah. Andai mati, semoga mati dalam Islam. insyaAllah.....



Haaa dah bangun tidur jangan lupa ucap Alhamdulillah kerana bangkit dari kematian sementara.





Semoga memperoleh tidur bermanfaat yaa ! Amalkan sunah sunah  ni. Tak rugi... dapat pahala berterusan dalam tidur, mudah bukan. Jom amalkan ! ^_^

wallahu'alam

Sunday, 19 October 2014

Bergetar tetapi adakah jodoh ?

Assalamualaikum wbt.

'' Tulang rusuk kiri bergetar ''
Adakah benar getaran itu  membawa pertanda jodoh atau getaran yang dipetik syaitan yang penuh tipu daya menyesatkan ?



Kebiasaanya yang dialami anak muda remaja sekarang termasuklah tuan empunya diri ini ialah jatuh cinta pada orang yang salah , pada tika ketika yang tidak tepat dan tika waktu iman masih bergelut buas dengan nafsu usia muda . Cinta itu di ibaratkan sihir . Yang memungkin kan apa semua yang mustahil . Cinta juga bersifat infiniti yang tiada kesudahan .


*tarik nafas , bismillah


Jatuh cinta sememangnya fitrah . Saya ulang ,  ianya FITRAH . Fitrah yang dijadikan Allah pada setiap jiwa makhluk-Nya supaya kita sedar yang ukhwah cinta sememangnya indah . indah bagaimana ?

Cinta itu indah apabila saling melengkapi . Cinta itu indah apabila berukhwah dan berakidahkan Islam . Cinta itu menjadi semakin indah apabila saling tegur menegur saling nasihat menasihati. Tetapi keindahan cinta tidak dapat ditandingi apabila ianya HALAL !




Persoalan nya . Salah kah jatuh cinta ?

Hehhh !
Ceq nak tanya hangpa ni . Hangpa ni manusia atau tin biskut yang tidak punyai perasaan ? Heeee
Sememangnya tak salah . Malahan cinta itu ukhwah . Ukhwah itu sangat sangat indah . Tapi bak kata ustazah fatimah syarha ,  adakah cinta yang lahir tu cinta alat ? ataupun cinta matlamat ..

Baru baru ini kami sempat ber islamic circle.

Penah diutarakan tajuk ini.
Haaa bukan main rancak lagi bebbb kongsi ilmu . Hahaha

Yang paling menarik sekali ialah daripada akhi naqib saya .

'' Dia kata tak salah jatuh cinta . Tetapi ada caranya nak didik hati dalam jatuh cinta ''
*baca dua kali

Ye . BOLEHKAH ? Saya tahu awak awak semua mesti nak cakap/hentam kenyataan ni . Bukankah itu salah satu jalan mendekatkan kepada zina. Jatuh cinta mendekatkan kepada zina ? 

Bebbbs, mari keluar sikit dari kepompong fikiran celaru celara ni .
Jatuh cinta dan bercinta itu tak sama ! Jatuh cinta itu kehidupan. Bercinta pula haram andai bukan dalam ikatan yang sah . 

Okay mari kita lompat ke sudut lain .
Cuba kita statistik kan ramai mana yang kapel ? Berdua duaan . Berkasih kasihan . Bersayang sayangan . Bermanja manjaan.

Ramai bukan ?

Wujud je  golongan  ''faham'' Islam yang hentam dan terus cakap kat pasangan yang tengah mabuk bercinta ni bahawa cinta itu haram ! berdosa ! masuk neraka ! bla bla bla *sambil betulkan kopiah.
Ini dapat dianalogikan seperti mengajak seseorang yang tak penah solat fardhu untuk solat dhuha .

Rasa rasanya dorang boleh terima ke cara macam tu ? dakwah pun ada caranya . Saya bukan ustaz . Saya bukan ulama' . Apa lagi wali Allah . Hanya perkongsian jiwa. Seeloknya orang yang faham Islam ini lebih kreatif dalam berdakwah . Jangan sampai niat baik itu disalah ertikan sehingga menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari Islam .

Bagi saya. Untuk anak muda yang jatuh cinta, seeloknya ..

1. Berdoa dan sabar hati dalam menanti.
2. Kalau tak mampu , takut si dia di ambil orang, Jumpa wali si dia. Terus terang .

Tetapi sebaik baiknya andai nafsu tidak lagi mampu dikawal . Hati tidak mampu lagi di sabarkan .

Berpuasa lah .

InsyaAllah ia mampu mendidik nafsu . Akan tetapi jangan sesekali bermain dengan api ! Takot terbakar diri merana jiwa tatkala hati dah tak mampu di frekuansikan lagi dengan Allah . Dan jangan menjadi pencuri kepada iman seseorang . Jangan !



Dan ada satu kata kata penyeri daripada seorang ahli usrah saya .

Rukun nikah ada 4. Tetapi rukun kapel hanya satu je .

Teka apa ?

A.Tidak halal
B. Haram
C. Dekati zina
D. Rosak hati

*nanti boleh rujuk ustaz/ ustazah korang

Bagi yang faham tentang COUPLE ni . Tegur jangan sampai menghina . Benci jangan sampai mencaci . Sesungguhnya Islam itu indah .

Wallahualam.




Friday, 10 October 2014

Together

Salam.
Biar gambar berbicara.
*aktifkan mood scrolling ^_^


















































LIFE BEYOND TEXTBOOK. THE POTENTIAL WITHIN

by Aiman Azlan =)
Assalamualaiku wbt..Sebuah perkongsian setelah mengikuti program bersama aiman azlan.

*gambar yg tak seberapa nk clear



- Talk ni lbih kpd utk bgtau yg education bkn hnya pd textbook n bkn hnya ada kat skolah shj.
-bhsa textbook sgt boring. Baca 5 minit pun blh jd mngntuk. Sbb tu la ramai yg lbih suka bc novel n so on.

Even bku yg education pun , diorg still blh bc asalkan bukan textbook
-brother Aiman suggest 1 buku utk kita baca. WEAPONS OF MASS INSTRUCTION....by John Taylor Gatto. Dlm buku ni, beliau mnentang mentaliti msyrkt tntg education

- kseluruhan talk mlm ni, brother Aiman just ambil definisi education from that book.

Firstly,

1. LARGELY SELF-INITIATED
- everything starts from you!
-Allah x kn ubah satu kaum mlainkan kaum itu sndri yg mngubhnya
- jgn ukur diri kita brdsrkn org lain
-cari potensi kita sndiri
- masuk kls tu biar ada rasa seronok nk bljr. Biar ada rasa minat nk bljr
- bila kita minat ssuatu tu, kita x kn rasa mcm dpksa utk mlkukan ssuatu

Secondly,

2. BROAD EXPERIENCE
- Kita kne kluar drpd comfort zone kita
-org yg seumur hidup dia brada kat msia, dia x blh ckp yg dia dah lihat dunia
- caranya, kita kne travel. Tgk dunia luar. Tgk kebesaran ciptaan Allah. Bila kita travel, we can widen our knowledge. Kita akn tahu bnda yg kita x tahu. Kita blh bljr bnda baru. Baru kita tahu dunia yg sbnr lbih bsr dr diri kita sndiri
- kalu anda anggp smua mnusia itu sama, hrp maaf, anda slh planet

Thirdly,

3. CONSTANT INTROSPECTION
-Ability utk tgk diri kita sndiri
-sedar tjuan/mtlmt hidup kita
-stiap mnusia ada Tuhan n mnjd hamba kpd ssuatu. Persoalannya, Tuhan mnakah yg kita ambil sbg Tuhan kita?
-jgn brtuhankan nafsu

Fourthly,

4. ABILITY TO FOCUS/CONCENTRATE ON ONE'S PURPOSE IN SPITE OF DISTRACTION
- cth: kita kne buat assgnmnt, due date 3 hr lg, pastu bukak la lptop nk start buat. N then tiba2 msuk whatsapp. Pastu start la ak rply dia rply ak rply dia rply, n then mmg say goodbye la to the assgnmnt.
-dlm hidup kita, kita ada Tuhan yg jelas iaitu Allah. Pastu dtg satu distraction, satu distraction, satu distraction yg smkin lama mnyebbkn kita jauh dr Allah
- sbb tu kita kne focus akan mtlmt hidup kita

Fifthly,

5. CURIOSITY, PATIENCE, AND INTENSE WATCHFULNESS
- Sherlock Holmes seorg yg sgt suka observe. Bliau mlihat dunia dgn tliti
- dlm education, kita kne pupuk satu skill utk minat something.
- for example, bila cg dah abis ajar n then dia tnya any question? Ok smua mcm krik3
-kat situ mnunjukkan kita x de curiosity utk tahu dgn lbih lnjut mngenai ape yg kita bljr
- scientific method brmula dgn observation
- kne btul2 mneliti dunia
- Allah kata dlm al Quran. Ada org yg ada mata, tlinga, mulut tp x guna sbaik2nya. Kita baca ayt tu n then ckp dlm hati 'ni bkn tuju kat ak ni. Org lain ni'. Cuba kita letak diri kita sbg watak utama. Cth: Aku ada mata tlinga mulut tp Aku x guna dgn sbaiknya.
- kita bc ayt "jgn ptus asa drpd rhmat Allah". Cuba ltak diri kita. Aku takkan ptus asa drpd rahmat Allah . Ni baru la ade feel nk bc al Quran. Biasanya baca al Quran hnya skdr baca. Try letak diri kita dlm situasi tu
-kita stress dgn satu ujian khidupan tp kita lupa dgn sjuta nikmat Allah brikan
- apabila mnghdapi ssuatu ujian, tnjukkan rasa syukur wlaupun sdikit, insyaAllah Allah akn tmbh lg nikmat
- Allah nk ajar cara kita lihat khidupan.
- if u have a difficulty, stay strong n think about what we still have

Sixthly,

6. LEARN FROM MISTAKES
- this is the best way to learn
- cuba btul2 n then trima feedback from others
- having ability to accept feedback
- feedback n rsult x kn dtg tnpa kita cuba
- Thomas Edison cuba byk kali utk buat mentol
"Ak x gagal 1000x tp ak jumpa 1000 cara utk tak mmbuat mntol"
- u nk ckp english, u kne try! U kne ejek, u kne try!
- hangout dgn someone yg blh bg support kat kita
- brother Aiman prnh jd juri prtndingan debate pringkt mtriculation. Ade sorg debater ni mmg sgt2 broken english dia. "What i'm trying to say is............. u u understad what i say? " lbih kurg mcm tu la ayt dia. Mmg debater tu la yg pling broken english dia. Smua org gelak kat dia. But brother Aiman congratulate him bcoz dia brani mncuba!
- ade sorg budak kecik ni. Kwn ayh dia dtg kat rmh.bdk ni ade niat nk buat air kat kwn ayh dia. Pastu siap buat air, suddenly, dia jtuh n everything pecah. Gelas pecah dulang pecah. So, ayh dia mrh sgt kat dia. Sdgkn bdk kecik jz nk try buat air. So, u fikir bdk kecik ni akn buat air lg tak lps kne mrh dgn ayh dia?
-sbb tu la kita kne appreciate the efforts n give suggestion. Cth: ayh dia ckp "x pe x pe. At least adik cuba. Nanti try buat dgn gelas plastik plk"
EDUCATION vs SCHOOL
- Anti pmikiran org yg mngatakan skolah satu2 nya tmpt to get education
- skolah hnyalah satu method to get education
- ade org dia xpegi skolah but still dia dpt education
- dlm sistem pnddikan kita, org yg kls 1st djulang. Kls last dpinggirkan. Btapa ramai bdk kls last tu mrupkn sorg yg genius. Mungkin diorg x bijak dr segi pmbljrn , tp diorg bijak ke arah bnda lain.
A PERSON WHO STAND ON A PIECE OF PAPER IS GOOD IMPROVEMENT TO TOUCH THE SKY
-wlaupun kita just brdiri atas scebis krts , kita dah mlepasi tahap ktinggian tanah dan hmpir utk mnyentuh langit
I MOVE SLOWLY BUT I NEVER MOVE BACKWARD
-X kire la kita amik dploma ke, ijazah ke, matrik ke, smua org berhak brjya dgn cara masing2
WORDS CAN ONLY HURT YOU IF YOU ALLOW THEM TO ENTER YOUR HEART
- Pdulikan ape org nk kata psl kita.

Wallahua'lam .

Thursday, 9 October 2014

Bas dan Ikhtilat

Assalamualaikum wbt..




Haaa korang baca tajuk pun dah rare kan ? kihkihkih..
Ini bukan cerita dongeng tujuh malam  bermimpi puteri kayangan atau terjumpa putera katak dan sebagainya. ini cerita BAS dan IKHTILAT . macamana tu ye ? hmmmm

Actually dalam bas ni kita(lelaki) sangat sangat teruji dengan kaum hawa ni. kecuali kepada sesiapa yang cacat nafsunya . bhahahaaa jahat nyer aku -,-

K. sesape yang naik bas tu , penah kena himpit ? penah kena tolak butt? , penah dipegang lengan sebagai tempat berpaut ? hahahaha. Aku dah cakap ini bukan cerita dongeng. Pengalaman beb pengalaman. Bagi yang selalu naik bas ni terutamanya pelajar universiti pasti akan mengalami perkara ni. bagi yang bakal ke uni, trust on me that u will face it !

As we know perempuan sangat ramai sekarang dan nisbah perempuan di universiti 1:4 . Memang cukup2la bagi lelaki . hehehe :p

Okay stop merapu.
*mood serius

Secara tak langsungnya semestinya perempuan lebih ramai dari lelaki dalam bas kan. So lelaki lebih teruji . Tapi senior aku ajar beberapa cara nak jaga ikhtilat dalam bas ni. Actually tak la fully berkesan but at least kita cuba mengelak.

Bagi adam :

1. Kalau boleh datang awal tunggu bas, so that kita takde la perlu himpit dengan perempuan sewaktu  nak naik bas.

2. Cari seat yang bahagian depan means yang dekat dengan pakcik driver tu. Sebabnya....Kita akan lebih menjaga pandangan kita apabila duk depan depan ni. Ataupun, kalau duk seat belakang pun, tundukkan pandangan.

3. Elak pakai baju lengan pendek atau elakkan daripada sising lengan baju. Hal ini dapat elakkan tersentuh tanpa berlapik.

4. Kalau perempuan duk sebelah seat kita macamna lak ? Jangan ketar lutut lagi bebbbs ! Just yang penting ialah jaga pandangan.

5. Kalau perempuan yang kurang menjaga ikhtilat ni berada disebelah hangpa, jangan khuatir, seeloknya tegur secara halus. Like... ''excuse me" *sambil buat gerakkan yang menunjukkan anda nak dia berjarak dengan anda.

6. Dan jenis yang tak reti bahasa gak , kasi flyingkick je sebijik ! kehkehkeh

Bagi hawa :

Sooooooo simple !

1. Perelokkan pakaian . Jangan tunjuk sangat heh kat orang yang hangpa tu. Sorok sikit ya. Jangan dijadikan tontonan untuk hawa nafsu lelaki. Hangpa bukan barang pameran beb *sorry teguran sentap

2. No istilah '' ladies first '' dalam time nak naik bas. Kasi la kaum minoriti naik dulu yeee. *serious talk.




Syaitan tidak akan berhenti untuk menghasut anak anak adam dari menambah dosa sedia ada.
So, BEWARE guys ! Selagi kita boleh jaga, kita jaga.

Bukan mudah but tekadkan niat dulu . InsyaAllah akan dipermudahkan.

Wallahu'alam..



Monday, 29 September 2014

Hai haters ! ^_^

Assalamualaikum.






Semakin tinggi tangga didaki, semakin ramai yang tidak senang duduk. Itu lumrah manusia tapi bukan fitrah alam.

Haters ni dalam kacamata pandangan mereka nampak seolah olah kita ni pendosa yang tidak diampunkan Allah sehingga kita melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri kita.

Dalam erti kata yang mudah, kalau boleh mereka mahu kita ni meninggalkan semua kejayaan kita dan menjadi dungu atau bodoh. Itu harapan mereka.

Berwaspada lah. Tekadkan hati. Kentalkan jiwa.  Lidah kencang tidak mampu didiamkan semudahnya. Cukuplah sekadar membalas kata kata kencang mereka sebagaimana yang disuruh Allah :

'' Katakanlah (wahai Muhammad) : ''Matilah kamu dengan kemarahan kamu'''' (surah Ali Imran:119)

InsyaAllah terkubur sedalamnya kritikan itu dari mulut2 haters ni.

Wallahualam ^_^




Nak berjaya ke tak ?

Assalamualaikum..





Dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad,
 “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.”  
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud :
 "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Friday, 26 September 2014

Perfect kah?

Assalamualaikum wbt..

perfect-kah diri ini ? haaaa entry ni aku nak sentuh sikit orang yang kerjanya suka sangat cari koyak kat kain orang dan merasakan diri depa tu perfect sangat . ambil tahu hal orang ni terbahagi kepada dua iaitu dengan niat suci ingin menyedarkan kesilapan kita dan yang kedua ialah dengan niat keji iaitu mengumpat. diumpamakan mengumpat itu dosanya lebih berat dari berzina wahai teman2 sekalian...



penah dengar orang cakap camni ? ..alaaa dia tu bukan baik sangat, pakai jer tudung labuh...FYI, at least dia tahu jaga maruah diri dengan mengerjakan yang wajib. dengan adanya orang yang berperwatakan sedemikanlah akan menghalang hijrah seseorang. kata sahabat ku , orang yang selalu jer duk pot pet pot pet pasal kita ni kerana kehidupan kita jauh lebih indah dari kehidupan dorang . remember, one small word can give a big impact to u guys ... think wisely !




aaaahhhhhh ! rasa nak flying kick jer bile ada orang duk mengumpat pasal kita... dah caner nak setel bende alah ni ?

haaaa ni biasanya aku buat la. aku ambik je apa orang kata tu, then mirror myself . kot ada betolnya depa cakap tu ? adaa kalanya umpatan2 orang ni boleh menyedarkan kita akan kesilapan kita. contohnya la kan ,,,gedik wey dia ngan laki, kalau dia ngan laki bla bla bla bla,,, buat ketupat sampai berbuih mulut. its okay ! keep calm and take a long breath. memang temperature tengah naik giler kot time tu. tapi kan sebenarnya Allah nak uji kita and nak tunjuk silap kita tu kat mana . kot mana tau memang gedik betol2 kan . yang penting sabar.


kita mesti semua ade bff kan ? bff ni orang yang paling rapat ngan kita dan mungkin dia lebih mengenali diri kita. cuba hangpa try tanya apa yang negatif pasal hangpa.. insyaAllah apa yang bff korang cakap tu betol and try to change urself . yaa memang susah tapi insyaAllah nak berubah kearah lebih baik ni Allah permudahkan. yang penting nawaitu tu....


kita juga kena ingat, sesiapa pun yang tegur kita, terima nya dengan hati yang terbuka...jangan terus melatah . dan sabar dan terus sabar :)


dan yang berniat suci ingin menegur khilaf seseorang, lakukan dan sebarkan dakwahmu dengan sebaik baiknya seperti apa yang disaran kan Rasulullah SAW.
okay, korang kena faham..kita ni saling berpesan pesan..bukan sebab nak tunjuk siapa lebih baik atau lebih bagus dari siapa. okayy....kita berpesan sebab kita sayang...sebab kita kasih...sebab kita prihatin...So, bila kita bercakap atau beri nasihat... pastikan yang kita tidak menyinggung mana mana pihak. ni antara dakwah yang kurang sopan dan tidak diajar agama :


aku perasan yang kadang kadang kita ni niat nak dakwah. Nak ajak orang buat kebaikan, tapi kita sindir orang tu..perli orang tu...(baik ke camtu ? mulia ke ? terpuji ke ?) jawab sendiri ok...
insyaAllah dengan hanya kata2 yang halus mampu melembutkan hati sekeras batu.


dan yang duk mengumpat tu sedarlah yang anda sedang menambah saham dosa anda kepada si diumpat. dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama manusia. andainya tak sempat memohon ampun atau dia tak maafkan kamu. maka tahulah pembalasan Allah di akhirat kelak. merangkak lah hang di padang masyar nak mohon ampun. bila rasa nak jer mengumpat, remind cepat2 diri kita balek. istighfar ! atau bila awak berada dalam kumpulan dimana mereka sedang mengumpat, cuba beredar dari situ. cakaplah nak gi tandas ke hape..
aku ni memang tak sempurna dan memang tiada yang sempurna melainkan Allah SWT . ilmu yang Allah pinjamkan insyaAllah kita kongsikan. dan semoga bermanfaat buat semua. andai terkhilaf apa2 tegur aja ye . insyaAllah :)








Tuesday, 23 September 2014

Hina kah aku ?



Assalamualaikum wbt.. 

InsyaAllah saya ingin kongsi satu kisah..insyaAllah kita ambik iktibar daripada kisah ini...

Sarah ialah merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan ibunya akibat kanser. Ayahnya, Encik Bahar pula berkerja sebagai seorang pegawai kerajaan di salah sebuah pejabat kerajaan di bandar. Sarah merupakan anak tunggal dan kehidupan Encik Bahar sangat berubah selepas kematian isterinya.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Ayah nak makan apa, mai Sarah masakkan ? ", tanya Sarah kepada ayahnya. 

'' Apa2 je lah ",dibalas ringkas ayahnya. 
Kehidupan mereka tidak lagi semesra ketika ibunya masih ada. Pelangi yang tercipta dulu tidak lagi seindah hari ini.
Selepas kematian ibu Sarah, ayahnya mengalami tekanan emosi yg teruk. Ekoran daripda tekanan yang ditanggung, ayahnya terjerumus ke dunia arak. Selalu pulang kerumah dalam keadaan mabuk. Pada suatu malam, Sarah telah diperkosa oleh ayahnya yang sedang mabuk. Sarah meronta ronta namun susuk tubuhnya yang kecil tidak mampu melawan ayahnya itu.

 "Ya Allah beratnya ujian diturunkan kepada hamba mu ini..... ''

'' Aku percaya Allah takkan menguji hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya itu'', Sarah cuba menenangkan dirinya. Sarah dilatih dengan penuh nilai nilai Islam oleh arwah ibunya... 
Hari berganti hari...bulan berganti bulan... perut Sarah semakin membesar. Perkara tersebut disedari oleh salah seorang guru perempuan disekolahnya, Cikgu Ain. Setelah didesak beberapa kali oleh Cikgu Ain, akhirnya Sarah telah menceritakan segalanya kepada Cikgu Ain.

'' Kita tidak boleh biarkan hal ini Sarah, kamu kena buat sesuatu '',ujar Cikgu Ain.

'' Saya buntu saya buntu cikgu, saya sudah hilang arah tuju '',adu Sarah yg menangis teresak esak.
Akhirnya Sarah yang ditemani Cikgu Ain telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Dan tidak sampai 24jam, ayahnya telah diberkas polis.

''Dahulunya ibu telah pergi buat selamanya, sekarang ayah pula sudah hilang dari kamus hidupku'', rintih Sarah. Dia tetap sayangkan ayahnya walaupun telah tertimpa perkara terkutuk itu.
Sarah hidup sebatang kara dan Cikgu Ain telah mempelawa Sarah tinggal bersamanya.

Cikgu Ain menasihtakan Sarah supaya jangan mengugurkan kandungan tersebut.
''Cikgu akan bantu kamu Sarah, kamu jangan risau..'', pujuk Cikgu Ain yg cuba menenangkan Sarah.
 Cikgu Ain ini antara cikgu yang paling rapat dengan Sarah dan selalu membantunya terutamanya dari segi bantuan kewangan .
Masa2 yang sangat ditakuti oleh Sarah telah tiba. Dia melahirkan seorang anak perempuan yang cukup sifat. Alhamdulillah.Walau bagaimanapu, Cikgu Ain telah mengatur semuanya. Anak Sarah itu diserahkan kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata dan yang dalam pada masa yang sama mencari anak angkat. Akhirnya anak Sarah itu diserahkan kepada suami isteri itu walaupun tersimpan sedikit rasa kasih dan cinta Sarah terhadap anak itu. Iye la, ibu mana tak sayang anak kan.

Selepas dua bulan berpantang. Akhirnya Sarah tekad meneruskan persekolahnyanya. Berbekalkan dengan semangat yg diberikan Cikgu Ain, Sarah tekad ingin merubah kehidupannya. Sarah yang dulu bukan yang sekarang.. 
Kehidupan Sarah telah berubah 360 darjah.
Pelangi yang dicipta tidak seindah yang diharapkan.
Berita Sarah melahirkan anak luar nikah itu telah tersebar luas dikampungnya. Juga turut tersebar disekolahnya. Sarah sangat tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku. Walhal hanya dia dan Cikgu Ain sahaja yang mengetahui perkara itu. Sarah sangat sangat tertekan.

Itu hanya kisah silam aku ! Bukan ini yang ku pinta ! Kenapa dunia selalu tidak adil untuk ku ! 

Kenapa tidak memberikan kesempatan kepada diri ini merasakan sedikit kebahagiaan ? 
Aku lemah ya Allah... Aku lemah tanpa Mu ya Allah. Aku mengetaui segala ujian ini didatangkan dengan penuh hikhmah. tapi aku tidak mampu. Hamba Mu memerlukan pertolongan dan pertunjuk dari Mu.... Hari hari Sarah menjadi semakin layu.
Tiba lah suatu hari yang sangat meruntun jiwa. Sewaktu Sarah menghadiri kelas agama yang selalu dihadirinya.

''Assalamualaikum'', sapa Sarah kepada ahli ahli dalam kelas agama itu...

Tiba tiba ada suara yang menyahut.
'' Kami tidak menerima salam daripada orang sejijik engkau Sarah ! ''
 Allahu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Kenapa aku dihukum sedemikian. Sedangkan bukan aku yang ingin kan semua ini. Kalau tidak kepada ahli ahli usrah ku kepada siapa lagi aku ingin mengadu kesedihan ini. 
'' Sabar sabar'', ujar Cikgu Ain yang tetap berada disisi.
''Cikgu tak rasa apa yang saya rasa, semua orang membenci saya, semua orang menghukum saya sedangkan bukan saya nak semua ini '', rintih Sarah dalam tangisan. 
‘’Mengapa begitu berat dugaan ini Cikgu Ain... '' 
‘’Sarah...Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya, kamu kena ingat tu, Allah uji sebab allah sayang'',nasihat Cikgu Ain. 
'' Tapi salah ke sana nak cari kehidupan saya balik ? Salahkah saya nak cari sinar baru dalam hidup saya balik '',Sarah mengadu. 

''Hina sangat ke saya Cikgu Ain ?'',kata kata Sarah disertai tangisan air mata. 
 Cikgu Ain memeluk erat Sarah. Sarah sudah dianggap sebagai anak sendiri baginya.. 
SPM hanya berbaki beberapa minggu lagi. Cikgu Ain tidak mahu Sarah terus dengan linangan air matanya. 
''Sarah... awak kena sedar SPM hampir menjengah tidak lama lagi... awak perlu membuat persediaan yang cukup. Usah difikirkan lagi masalah ini'',kata Cikgu Ain dengan penuh harapan.
 ''Bagaimana saya tak sedih cikgu. Semua orang memandang hina saya, saya sudah tiada sesiapa dalam hidup saya'', balas Sarah. 
''Sarah..awak kena ingat kita sentiasa ada Allah'', kata kata itulah sedikit sebanyak menguatkan sedikit semangat Sarah yg sudah hilang. 
Suatu petang, Sarah merenung jauh di luar jendela. Kelihatan satu bangsal usang. Sarah teringat kenangan bersama arwah ibunya dahulu. Di bangsal itu lah Sarah menceritakan kepada arwah ibunya.

'' Ibu.. nanti bila Sarah dah besar, Sarah nak kerja hebat hebat, nak banggakan ibu, nak banggakan ayah, Sarah taknak kita susah lagi'', tidak semena mena air mata mencurah bagaikan sungai yang mengalir begitu deras. Sarah memeluk potret ibunya seeratnya..
 ''Ibu...Sarah mintak maaf.. Sarah terlalu lemah.. Sarah tidak mampu membuat ibu bangga...Sarah dah kecewakan ibu... ''
 Sarah sedar yang hanya dengan SPM dapat merubah kehidupannya. Hanya tinggal 3 minggu sebelum SPM menjengah. Masih sempat. InsyaAllah..
 ''Aku kena berusaha. Aku tidak boleh lemah lagi. Aku kan ada Allah..''
 Hari2 Sarah hanya dengan buku. Tetapi tidak ketinggalan Sarah juga sentiasa ber-qiam setiap malam memohon pertolongan daripada Allah. 3 minggu Sarah dengan penuh pengisian. Akhirnya SPM pun menjengah. Alhamdulillah. Sarah mampu menjawab dengan baik.

 Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM diumumkan dan Sarah berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik seluruh negeri Kelantan.Tetapi ada desas desus suara sumbang yang masih berbisik kedengkian.
'' Kau ingat kau tu dah tak suci ! Takde gunanya kau dapat gelaran pelajar terbaik tetapi penuh dengan kehinaan'', lontaran kata2 itu disambung dengan ketawa kecil daripada pelajar pelajar lain. 
Sarah tidak kisah. Dia sudah cukup kuat. 

Sebulan selepas keputusan SPM diumumkan, Sarah telah dapat tajaan untuk menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Alhamdulillah. Akhirnya cita citanya tercapai. Sarah telah mengotakan janjinya pada arwah ibunya.

Tetapi mungkin disini sahaja jihad seorang wanita yang begitu sabar dalam menempuh segala ujian Allah dalam hidupnya.
 Pagi sebelum Sarah berangkat ke Jordan... 
'' Sarah... Sarah.. bangun.. dah subuh dah ni. Sarah...'', Cikgu Ain yang mengejutkan Sarah.
 Setelah berapa kali mengejutkan Sarah, Cikgu Ain cuba memeriksa pernafasan Sarah. Ternyta Sarah sudah tidak bernafas.
'' Sarah !'',  jerit Cikgu Ain..
Kematian Sarah disifatkan kematian mengejut. Jenazah beliau telah disemadikan disebelah pusara arwah ibunya.

Mungkin kita baru nampak, Allah  takkan saja saja menguji hambaNya. Segala ujian tersirat seribu hikmah . Semoga jalan cerita ini mampu menitipkan sedikit keinsafan bahawa Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya''


wallahualam..

~rohaizad

Saturday, 20 September 2014

Sahabat dan kawan

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah masih diberikan sedikit ruang oleh Allah s.w.t tuk hambe berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan kawan dan sahabat ini.




Ukhwah merupakan satu kemanisan yang secara autonya akan wujud apabila disemai dengan nilai nilai Islam. Dalam hidup kita akan jumpa macam macam jenis kawan. ada kawan yg akan pimpin kita ke syurga Allah dan ada juga kawan yg akan tolak kita ke dalam seteruk teruk tempat iaitu neraka,



Dalam faslafah hidup aku senang je, berkawan biar ramai tapi bersahabat kepada orang yg bantu bawa kita ke syurga Allah.

Kita tengok kepada campus life contohnya, berapa ramai pelajar, ataupun kita spesifik kan lagi, berapa ramai orang melayu yang jatuh longlai ke lembah kemaksiatan. berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan. Allahu. sedih. sedih. Sedih Rasulullah saw tengok umat dia mcm ni,



Tau tak ? Rasululah saw sangat cinta akan umatnya sedangkan Baginda tak kenal pun kita. Kita yang dah kenal Rasulullah saw ni ?? tepuk dada tanya iman.

Semuanya bermula daripada tersalah pilih sahabat.

Kita tidak akan mampu berjalan sorang2. perlu kepada sahabat yg setia mengingatkan kita solat, belajar, dan juga sebagai tempat berkongsi pendapat.

Bersabatlah dengan orang baik2. Kalau rasa diri ini tidak kuat, cari lah sahabat yang dekat dengan Allah. insyaAllah perlahan lahan kita turut akan dekat dengan Allah.



Aku bercakap atau berkongsi ilmu atau pengalaman bukan bermakna aku ni sempurna. aku turut sama menegur diri ku. kalau mengharapkan manusia sesempurna Rasulullah saw untuk sebarkan kebaikan nescaya Islam takkan tersebar. InsyaAllah sama2 kita bantu sebarkan kebaikan agama Allah..

Wallahua'lam..






Saturday, 2 August 2014

Israel sudah kalah perang, Palestin will be free..

Assalamualaikum.

entry kali ni aku nak muatkan satu perkongsian yang aku pikir menarik untuk dikongsikan.

ISRAEL LAKNATULLAH SUDAH KALAH ! Ayuh beritahu dunia ! yang Palestin akan bebas tidak lama lagi ! InsyaAllah. Amin ya rabb .


Zionis laknatullah berkata yang mereka mencari & membunuh ''pengganas'' . Mungkin ini rupa ''pengganas yang mereka maksudkan .




Tatkala pemimpin dunia arab semakin menyepi membilang kekayaan hasil bumi, saudara kita masih berjuang mewakili kita umat Islam berhadapan dengan musuh Allah yang nyata iaitu yahudi zionis laknatullah. Sesungguhnya kita berhutang dengan para pejuang palestin. Kita berhutang nyawa ! Kita berhutang doa ! Kita berhutang jiwa dan raga kita !

Kenapa begitu ''cerdik'' Mesir yang menganiaya saudara mereka sendiri dengan menutup sempadan Rafah.




 Sebenarnya rakyat Mesir amat prihatin dengan nasib saudara mereka di Gaza. akan tetapi dek kerana pemimpin mereka yang bersandiwara bermain dengan politik sehingga sanggup menggadaikan agama. letak la serban dan jubah anda ditepi wahai dunia arab andai hanya menjadi penonton kepada peperangan ini ! dimana ummah ? dimana sifat kemanusianmu wahai Abdul Fattah As sisi..



Gambar tentera Mesir yang tertawan oleh askar Israel selepas Mesir kalah kepada Israel dalam Perang Enam Hari 1967. Mereka dihina dengan dicabut seragam tentera mereka dan hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka dibunuh.

Apakah Mesir lupa akan penghinaan ini sehingga sanggup bersekongkol dengan Israel menutup sempadan Rafah ? Mesir yang disanjung tinggi dek kemegahan ilmuwan hebat mungkin sudah berkubur.


Israel sudah kalah perang !






Israel sudah kalah perang
Perintah Tuhan mereka curangi
Terkenal dengan amalan songsang
Pembalasan Allah pasti mendatang

Israel sudah kalah perang
Tanpa senjata, lembik macam kongkang
Propaganda asal dari longkang
Akhirnya tersungkur terbongkang

Israel sudah kalah perang
Benderanya berkibar separuh tiang
Pasti ada air mata berlinang
Mengenang zionis tersayang

Israel sudah kalah perang
Mulutnya busuk persis kerang
Lidahnya pula banyak bercabang
Bila bersemuka tidaklah segarang

Israel sudah kalah perang
Zionis memang kuat temberang
Bakal pecah segala tembelang
Pemimpin mereka hantu jembalang

Israel sudah kalah perang
Baru tahu Gaza memang banyak pejuang
Al Qassam berdiri teguh perintah Allah dipegang
Kemenangan pasti akan datang

Israel sudah kalah perang
Organisasinya jenayah terancang
dengan Amerika sebagai abang
Dunia arab turut ikut dibelakang

Israel sudah kalah perang
Di akhirat, neraka terhidang
Hati hitam macam arang
Siapa menyokong terbukti bangang

Israel sudah kalah perang
Badan menggigil mengakat senapang
Siren berbunyi lari tak cukup padang
Roket  menghetam, lari masuk sarang

Israel sudah kalah perang
Asal usul orang pendatang
Bertunas ''disiram'' tumbuhnya batang
Berbuat onar di negara Islam

Israel sudah kalah perang
Gaza tak gentar walau di bom orang
Habis peluru, masih ada parang
Tuhan memang tak menyebelahi korang

Israel sudah kalah perang
Penakut tatkala diacah parang
Kalau sembang selalunya kencang
Dibaling batu lari lintang pukang

Israel sudah kalah perang
Berlagak hebat macam badang
Dengan si kecil pun nak tunjuk pailang
Qassam memanggil, mohh kita bangkit berjuang

Israel sudah kalah perang
Amerika selalu ada dibelakang
Mempertahankan Palestin dikatakannya pembakang
Pejuangan Gaza kemenangan mendatang

Israel sudah kalah perang
Produk keluaran sudah ke longkang
Tidak mengapa duit melayang
Amerika dan Kroni ada menyumbang

Israel sudah kalah perang
Pejuang Palestin bukan calang calang
Dengan nama Allah mereka berjuang
Panji panji Islam pasti akan menang

Israel sudah kalah perang
Nyawa yahudi terbang melayang
Tv dan radio cerita gampang
Kononya hanyalah dia dibunuh sang pejuang

Israel sudah kalah perang
Boleh dah beransur simpan barang
Bersedialah mati dimata pedang
Maut menanti neraka ucap selamat datang


Ayuh bangsa ! Ayuh ummah ! Ayuh ! bukan kelengkapan perang ku minta, bukan nyawa ku mahukan, hanya doa dari saudara saudara Islam ku ! #prayforGaza.

 Doa dan terus berdoa. disamping kita berdoa kejayaan dalam pelajaran, dimurahkan rezeki dan diampunkan dosa2 kekhilafan kita, mohh kita selitkan sedikit doa buat saudara kita yang mewakili Islam di Gaza sana. insyaAllah kemenangan pasti milik kita.


Karya ini mendapat sedikit ilham dari sebuah perkongsian di laman social, aman palestin dan page2 berkaitan..  Segala kekhilafan entry ini dialu alukan teguran. InsyaAllah. Wallahualam...
















Friday, 30 May 2014

Kisah kijang bertemu dengan Rasullulah SAW

Assalamualaikum.



*gambar hiasan*


Ilmu saya tak sehebat Ustaz Haron Din, tak semantap Ustaz Azhar, tak setinggi Ustaz Don. Tapi insyaAllah dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan Allah SWT, saya nak kongsikan cerita seekor kijang yang bertemu dengan Rasullulah SAW.

Kisahnya bermula sewaktu Rasullulah SAW dan para sahabat sedang berjalan menyelusuri tepi bukit. Sedang baginda Rasullulah saw sedang berjalan, baginda telah terserempak dengan seekor kijang yang terkena jerat. Dengan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Rasullulah saw, kijang tersebut telah memberi salam kepada Rasullulah saw, dan dijawab oleh baginda.

Pada tika itu, kijang tersebut berkata kepada Rasulullah saw, tolong lepaskan aku. baginda menjawab aku tidak boleh melepaskan kamu kerana kamu bukan kepunyaanku. Kijang tersebut berkata lagi, lepaskanlah aku ya Rasullulah , aku ingin menyusukan dua ekor anak ku yang kelaparan kerana seharian aku dijerat. selepas aku menyusukan anak-anak ku, akan ku kembali ke sini dan ikatlah aku balik, pinta kijang itu.

dimana aku mempercayai kata-kata mu wahai kijang ? jikalau kau tak pulang macam mana ? kijang itu berkata lagi, aku berjanji dengan nama Allah swt untuk pulang semula ke sini selepas selesainya menyusukan kedua ekor anak ku.

Kemudian Rasullulah saw telah melepaskan jerat tersebut lalu kijang tersebut berlari sepantas nya. begitu teguh kasih ibu kijang tersebut kepada anak2nya yang sedang kelaparan. Rasullulah saw pun menunggu kijang tersebut. tunggu punya tunggu, kijang tersebut tidak muncul2. lalu Rasullulah telah membuat keputusan untuk teruskan perjalanan bersama para sahabatnya.

sewaktu Rasullulah ingin memulakan langkahnya, tiba2 terlihat satu benda yang jatuh dari atas bukit. Rupa2nya kijang tersebut telah melompat dari atas bukit ke bawah kerana khuatir tidak sempat bertemu dan melunaskan janjinya kepada Rasullulah saw. Binatang pun tahu lunaskan janji. manusia2 ? heeeeee.  Selepas itu, baginda Rasullulah saw mengikat kembali kijang tersebut pada jerat itu.

Baginda meneruskan perjalanan untuk bertemu dengan satu kelompak kaum dimana jerat itu adalah kepunyaan salah seorang daripada kaum tersebut. Rasullulah bertanya kepada kelompak kaum itu, kepunyaan siapakah jerat itu ? lalu bangkit seorang pemuda yang mengatakan jerat tersebut kepunyaannya. baginda telah memberitahu bahawa jerat tersebut telah mengena. sungguh cantik dan besar kijang itu, kata baginda Rasullulah saw.

dengan nama Allah aku telah berjanji andainya jerat itu mengena, akan ku hadiahhkan kepadamu ya Rasullulah, kata pemuda itu tadi. Alhamdullilah.... Rasullulah pun pergi kepada kijang itu semula dan berkata, aku akan melepaskan mu wahai kijang kerana kau sudah dihadiahkan oleh pemilik jerat ini.

selepas baginda Rasullulah saw melepaskan jerat itu, kijang tersebut telah berkata kepada baginda. izinkan aku mengikutmu berdakwah ya Rasullulah saw ? Allahu.. begitu istimewa Rasullulah saw.
hadis tersebut menceritakan kisah ini hanya sampai disini.


kisah ini telah diceritakan oleh Tuan Guru Dato Haron Din. Dan semoga kisah ini membawa sedikit sebanyak kepada kita . insyaAllah. wallahualam :)

Tuesday, 27 May 2014

Tips memilih course

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak tips bagaimana nak pilih course. Ada kalanya kita sering kali dilema dan stress tatkala memikirkan nak sambung belajar ke mana , aliran apa . kan ? Terutamanya student lepasan SPM dan Matrikulasi yang sudah tentunya akan mengisi permohonan UPU.

gambar rembat dari incik padil


Tips pertama, lihat kemampuan diri ini, jika kita lebih kepada numbering so that kita boleh pilih course accountancy, banking, etc. Kalau kita cenderung kepada science, okay apply apa2 yang berkaitan dengan science. Kita yang lebih kenal kemampuan diri kita, so that lihat dirimu dan lihat dimana adanya kelebihan. jangan ikot kawan ! Kawan apply medic so kita apply medic, kawan apply engineer kita pun follow. Tak boleh ! You must trust yourself . But u must remember, pilih lah berdasarkan kelebihan diri bukannya minat. Kata pakar motivasi terkenal Abg Raja Shamri, minat tu kita boleh dipupuk.


kata2 abg raja yang selalu aku pegang


Tips kedua, lihat job market sekarang dan akan datang, matlamat penghujung kita semestinya ingin bekerja kan ? So that, pilih la bidang yang mempunyai peluang kerja yang meluas, sebagai contoh la kan, antara accountancy and banking, lebih elok kita apply accountancy kerana peluang kerja untuk bidang ni lebih meluas berbanding bidang perbankan. Tapi kata lecturer account aku, kita belajar je dulu apa2 bidang yang kita dapat nanti, rezeki semuanya Allah tetapkan dah. Yang penting belajar dulu....

Rasanya dua tips tu je aku mampu kongsi kat korang. Dan, ni aku nak sentuh sikit antara minat kita dan minat ibubapa. Adakalanya ibubapa lebih mendorong kita menjadi doktor tetapi minat kita bisness management. Ikut ibubapa atau ikut diri sendiri ?
Bagi pendapat aku la kan, seeloknya kita pilih bidang berdasarkan kehendak ibubapa. Ambil berkat kata orang. InsyaAllah apabila adanya redha ibubapa maka redha Allah akan memayungi perjuangan kita nanti.. Tapi ada jugak yang berpendapat kita mesti ikut minat diri sendiri. Kalau macam tu, korang cuba slow talk ngan parent korang. Mintak redha dorang.

Okay, ni ada tips tambahan, apabila permohonan apa2 ipta or ipts dibuka , apply je semua. Nanti bila dapat banyak2, kita istikharah pilih yang terbaik. 

Haaaa satu lagi yang student takut sangat, especially yang lepasan Matrikulasi. Acaner kalau dapat course lelong ? hohoho. first sekali, apply uniKL sebagai backup plan. korang boleh gak apply MMU and buat loan dengan MARA. Selalu la survey web sites yang berkaitan ye.

Yang pastinya, semua rezeki kita Allah dah tetapkan, tinggal kita je kena berusaha sungguh2. kalau kita boleh course yang bagus dan tepat pun, jika takde usaha disana ,lingkup jugak jawabnya. Semoga bermanfaat yaa kengkawan! ^_^


agak2 nya macam mana ye masa depan kita ? hmmm






Saturday, 24 May 2014

Man Jadda Wajada





Assalamualaikum..

Ya Allah susahnyaaa subjek ni. susahnya.. susahnyaa.. aku takleh catch up la subjek ni.. pernah tak korang mengalami situasi camni. Confirm la pernah kan .. nak2 subjek add math, chemistry semua tu.. lain la awok tu albert eisntein mmg tak buffering la kepala hotak tu.

aku banyak kali alami bende ni. time tu aku form 4. subjek Prinsip Perakaunan. kalau lulus tu dah kira sujud syukur dah. huahuahua. then aku pikir la kan apa la yang tak kena dengan subjek ni. tanya punya tanya.. mungkin tak cukup dengan pembelajaran didalam kelas. aku pun
luaskan knowledge circle aku dengan nuntut ilmu dari web sites . then aku pun dapat ilham dari kawan aku. aku belajar subjek ni melalui tutorial dalam cd. mungkin cara ini lebih menyeronokkan. yang nak cari cd tu boleh dapatkan percuma apabila beli buku tutorial pelangi..

Ilham tu datang just hanya beberapa bulan sebelum SPM. tkpe. Allah masih bagi kesempatan masa. so aku guna baik2. sebelum trial SPM tu ada cuti 2 minggu. so that time tu prinsip perakaunan dah jadi bini aku dah dalam masa 2 minggu tu.

Allhamdullilah usaha aku membuahkan hasilnya. kalau peperiksaan sebelum ni markah aku hanya 40 percent. tapi sekarang dah melonjak 90 percent. kat sini bukan aku nak bagitau markah aku tinggi or nak riak bagai. tapi, sebagai pengajaran, iaitu apabila kita berusaha insyaAllah Allah akan bagi setimpal dengan usaha kita. ni tak, straight A's mau tapi hari2 study Dota. hohohor

so ape yang den nak bagitau sini, yang apa kita nak, kita kena usaha. kejayaan takkan berguling2 datang kat kita kalau takde sedikit pengorbanan..