Tak senang nak senang dan tak susah nak susah kan ?
Okay kali ini abam ingin menaip dengan penuh keseriusan . K semua kena buat muka ketat :P
Selalu kita melihat muda mudi yang elok akal fikiran dan sihat tubuh badan membawa bekas usang berjalan di tengah kota raya. Tak malu saya ingin mengatakan kebanyakkan daripada mereka itu adalah MELAYU . Ini lah yang dimaksudkan dengan kata kata "mengemis di negeri sendiri".
Bukan ingin mengencam dek kerana seluar buruk dan baju usang yang yang dipakainya, Bukan juga kerana kehadirannya merosakkan pandangan seiisi alam. Tetapi mereka seolah olah meletakkan maruah mereka di tempat yang rendah dan tidak menghiraukan stigma pandangan masyarakat . Mereka sihat dan mereka mampu berpeluh seperti buruh binaan, pencuci tandas, mahupun mereka mampu menjadi sehebat dan se-gah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sekiranya mereka menggunakan minda dan fizikal kurniaan Allah dengan baik.
Sesuai dengan hadis riwayat Baihaqi,
Rasululah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya apabila Allah SWT telah mngurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang tekah dikurniakan itu. Allah SWT benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah SWT mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.

Begitu juga dengan usaha hidup, tiada jalan pintas untuk menyentuh awan dan tiada tangga terbina sendiri untuk memetik bintang bintang . Tiada sesuatu kesenangan yang datang dengan senang melainkan korang ni jenis yang celik celik tengok dunia ni dah nampak banglo mewah , BMW , emas permata berlian zamrud dan kemewahan impian semua orang.
Cuba cerita sini kerja apa tak penat ?
Belajar ?
Penat memerah otak dengan hidup bersama kalkulator casio dan bersegi hujung hujung jari akibat membuat nota ilmiah berbundle bundle
Mekanik ?
Penat bermain dengan minyak hitam dan luka luka terkena bucu tajam enjin
Polis ?
Penat bergadai nyawa demi makan minum anak anak dirumah
SPRM ?
Penat mencari duit disonglap orang itu hmm malas nak mention
Der
Tiada satu jalan mudah untuk berjaya dan kejayaan semua bergantung kepada anda
*anda kena jadi skema untuk hadam ayat ni
Akan wujud ramai pemerhati yang hanya akan memerhatikan sahaja apabila anda tersungkur jatuh. Apabila anda gagal dalam subjek tertentu, ada ke yang datang bertanya "hey apa yang aku boleh ajar" ?
Apabila anda kerugian perniagaan, ada yang datang bertanya khabar ? Sehabis kuat pun orang akan menepuk bahu dann berkata "bertabahlah" .
Terima lah hakikat hidup dan berdiri lah di atas kaki sendiri tanpa berpaut kepada mana mana bahu.

Get out from comfort zone !
Heyyy
Tiap tiap hujung bulan, panggilan dari seorang anak akan sampai ke ibubapa nya. Bukan rindu sangat tapi kehabisan dana akibat ketirisan melampau.
Tiap tiap hari hampir 20 tahun bergelar pak guard tapi gaji tetap secupak gandum seolah olah selesa dengan kehidupan walhal anak terpasa makan nasi berlaukan garam dan tidur beralaskan tikar mengkuang dibeli sewaktu hantaran 20 tahun lalu
Adakalanya kita merasakan terlalu selesa dan tidak mahu bangun dari lena. Ingatlah, apabila kita tidak merasakan kesusahan untuk mencari sebutir beras, kita tidak akan menghargai !
Kita sibuk dengan gajet mewah ditangan .
Cuba fikir balik berapa titik peluh dah mengalir dibalik dahi ibubapa kita ?
Takpe, itu tugas ibubapa.
Itu jawapan daripada orang yang berada di zon selesa. Sehingga sekarang masih ramai yang bergantung harap kepada ibu bapa walhal umur dah mencecah tiga dekad.
Get out from comfort zone !
Itu jawapan daripada orang yang berada di zon selesa. Sehingga sekarang masih ramai yang bergantung harap kepada ibu bapa walhal umur dah mencecah tiga dekad.
Get out from comfort zone !
Nak kenal melayu ?
Melayu ni jarang berada di tempat tempat binaan. Juga ditempat tempat kerumunan kekayaan seperti bank dan kedai emas iaitu menjadi pak guard. Bukan kerana mereka taknak tetapi mereka lebih selesa bergelar penganggur dan ber dam haji di warung pak mat tempe
Korang nak tahu ? Di China, ada manusia yang sanggup bekerja untuk mengelap tong sampah. Bukan orang berkedut didahi dan bongkok tiga bekerja tetapi manusia muda yang sedar tiada siapa yang akan usahakan untuk mengisi perutnya.
Dorang tak malu. Sebab mereka bukan melayu yang malu nak cari makan dengan cara mengikut citarasa standard dorang. Realiti
Meh aku ceghiter satu kisah nyata dan itu pengalaman aku sendiri.
Sedang enak melayan angin pantai dan lautan biru terbentang luas, ternampak dua susuk tubuh dalam kiraan aku mungkin berumur 10 dan 12 tahun. Yang membuat pandangan aku meleret tak berkelip kearah anak anak kecil itu ialah apabila melihat anak anak ini menjinjing bakul ditangan kiri dan kanannya. Barangkali mereka sedang menjaja makanan2. Lalu aku melambai sebagai isyarat untuk memanggil anak anak ini. Apabila mereka datang menghampiri aku, perbualan pun bermula
"Dik. banyak menjual hari ni ?" , sapa aku bagi memulakan bicara .
"Ada lah sikit bang, cukup buat makan kami sekeluarga", nada jawapan anak anak kecil ini seakan akan tidak berminat untuk meneruskan perbualan dek mungkin kuih2 masih banyak tak terjual
Aku pun menepuk tanah pasir di sisi aku sebagai isyarat untuk mempersilakan anak anak ini duduk. Aku sangat berminat ingin meneruskan perbualan lalu ku ajukan satu lagi pertanyaan,
" Hari hari ke adik ni menjual kat sini ?, tanya ku dengan penuh harapan supaya adik ini menceritakan sedikit kisah dia
Adik ini tunduk seketika
" Hampir hari - hari kami dua beradik menjaja kat sini. Mak ayah kami sakit dirumah dan adik kami masih kecil dirumah " , jawapan hanya dua tiga kata tapi seakan akan sudah menjadi sinopsis kisah hidup adik ini
Terlihat mata adik ini seakan akan berkaca mungkin sekali sedih mengenang nasib hidup . Selepas itu adik ini bangun dari tempat duduknya.
Sebelum adik itu beredar, sempat aku menepuk bahunya dan adik ini seakan akan memahami pesanan hati ku. Mereka terus berjalan dan terus hilang dari pandangan.
Aku termenung seketika.
Adik yang kecil ini pun faham yang tak senang nak senang. Dan sangat mendalami apa itu makna kehidupan. Sedih dan sayu

Wahai kawan ingat lah.
Tak senang nak senang
Dan apabila kamu jatuh tak mudah tangan dihulurkan.

No comments:
Post a Comment