Hari ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak tips bagaimana nak pilih course. Ada kalanya kita sering kali dilema dan stress tatkala memikirkan nak sambung belajar ke mana , aliran apa . kan ? Terutamanya student lepasan SPM dan Matrikulasi yang sudah tentunya akan mengisi permohonan UPU.
![]() |
| gambar rembat dari incik padil |
Tips pertama, lihat kemampuan diri ini, jika kita lebih kepada numbering so that kita boleh pilih course accountancy, banking, etc. Kalau kita cenderung kepada science, okay apply apa2 yang berkaitan dengan science. Kita yang lebih kenal kemampuan diri kita, so that lihat dirimu dan lihat dimana adanya kelebihan. jangan ikot kawan ! Kawan apply medic so kita apply medic, kawan apply engineer kita pun follow. Tak boleh ! You must trust yourself . But u must remember, pilih lah berdasarkan kelebihan diri bukannya minat. Kata pakar motivasi terkenal Abg Raja Shamri, minat tu kita boleh dipupuk.
![]() |
| kata2 abg raja yang selalu aku pegang |
Tips kedua, lihat job market sekarang dan akan datang, matlamat penghujung kita semestinya ingin bekerja kan ? So that, pilih la bidang yang mempunyai peluang kerja yang meluas, sebagai contoh la kan, antara accountancy and banking, lebih elok kita apply accountancy kerana peluang kerja untuk bidang ni lebih meluas berbanding bidang perbankan. Tapi kata lecturer account aku, kita belajar je dulu apa2 bidang yang kita dapat nanti, rezeki semuanya Allah tetapkan dah. Yang penting belajar dulu....
Rasanya dua tips tu je aku mampu kongsi kat korang. Dan, ni aku nak sentuh sikit antara minat kita dan minat ibubapa. Adakalanya ibubapa lebih mendorong kita menjadi doktor tetapi minat kita bisness management. Ikut ibubapa atau ikut diri sendiri ?
Bagi pendapat aku la kan, seeloknya kita pilih bidang berdasarkan kehendak ibubapa. Ambil berkat kata orang. InsyaAllah apabila adanya redha ibubapa maka redha Allah akan memayungi perjuangan kita nanti.. Tapi ada jugak yang berpendapat kita mesti ikut minat diri sendiri. Kalau macam tu, korang cuba slow talk ngan parent korang. Mintak redha dorang.
Okay, ni ada tips tambahan, apabila permohonan apa2 ipta or ipts dibuka , apply je semua. Nanti bila dapat banyak2, kita istikharah pilih yang terbaik.
Haaaa satu lagi yang student takut sangat, especially yang lepasan Matrikulasi. Acaner kalau dapat course lelong ? hohoho. first sekali, apply uniKL sebagai backup plan. korang boleh gak apply MMU and buat loan dengan MARA. Selalu la survey web sites yang berkaitan ye.
Yang pastinya, semua rezeki kita Allah dah tetapkan, tinggal kita je kena berusaha sungguh2. kalau kita boleh course yang bagus dan tepat pun, jika takde usaha disana ,lingkup jugak jawabnya. Semoga bermanfaat yaa kengkawan! ^_^
![]() |
| agak2 nya macam mana ye masa depan kita ? hmmm |



kos lelong? bak kata cikgu, maybe pada masa akn dtg memerlukan pekerja dlm bidang 'kos lelong' tu... rezeki.
ReplyDelete