AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Monday, 20 October 2014

Dunia Amanah

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih diucapkan kepada hadirin hadirat blog notasyabab yang bertungkus lumus menahan kedipan mata untuk  *krikkkkkkkkkk* bahasa bangku detectetd hahahak xD

*tukar skrip, ehemm3

Entry kali ni aku nak berkongsi pengalaman sebagai pemikul amanah di zaman sekolah dan kolej .
Aku melompat masuk ke dunia amanah atau dunia kepimpinan ni bermula dari form 2 sewaktu menuntut di MRSM Kuala Terengganu .

Ini antara jawatan yang penah aku pegang sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi ini .

 Sewaktu di MRSM :

1. Naib Presiden 2 Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) 2009/2010
2. Presiden Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) 2011/2012
3. Naib Presiden 1 Badan Wakil Pelajar (BWP) 2011/2012
4. Biro Promosi Keusahawanan Muda (PUM) 2011/2012

Sewaktu di Kolej Mara Kuala Nerang :

1. Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) 2013/2014
2. Biro Akademik Majlis Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebangsaan( MJPPBM) 2013/2014
3. Exco Majlis Perwakilan Pelajar 2013/2014 *gabungan bakal penuntut yang akan ke overseas


Actually banyak input input berguna sepanjang berkelola dalam dunia amanah ni. Antaranya ialah sabar menerima kritikan .

Beb.
Marah marah kejar kejar student yang lambat ke kelas / ponteng/ dating dan sebagainya memang menjadi salah satu tugas aku la. Meh aku nak ceritaka satu story yang memang takde dalam chapter buku ekonomi korang *sabet

*mata pandang kekiri cuba ingat sejarah lalu

Ada satu malam. Seakan akan pergaduhan besar berlaku antara batch . Dipendekkan , cerita ini bermula sewaktu aku dan beberapa rakan sejawatan meronda blok dan suruh light off sebab dah lebih dari pukul 12 malam . *ini atas arahan dari atasan, kalau ikot aku memang kesian sebab ada yang nak study sebagainya.

Tapi yang tercetus nya kekecohan ni semasa ada seorang pelajar yang menyebut perkataan ''BABI'' kat kami . Tanpa ku fikir panjang,  aku seolah olah terasuk dengan emosi sendiri, terus masuk ke dalam blok dan mengamuk bagai nak pecah bangunan nak cari empunya diri yang keluarkan perkataan tu.

Tiada seorang mengaku.

Aku makin panas. Ada seorang warden yang muncul tika itu. Keadaan beransur pulih seketika tetapi kesannya memang mendalam bagi aku. Tak penah aku mengamuk sedemikian rupa.

Itu cerita aku sewaktu di MRSM .  Cerita yang penuh pengajaran. Mengajar erti sabar.

Ini pula cerita di Kolej MARA Kuala Nerang.

Antara sahabat dan amanah Allah ?
Bagi aku yang iman senipis kulit bawang ni sudah tentunya sangat sangat sukar membuat keputusan samada dan berpihak kepada sahabat/kawan atau kepada kebenaran.

Alkisah bermula...
Kawan aku terlibat dalam satu kesalahan yang aku fikir sangat tidak masuk akal. Dan jika aku mendiamkan perkara itu sudah tentunya persoalan Allah menanti di akhirat kelak. Bagaimana aku nak jawab nanti ?

Kalau punyai amanah, sebelah kaki di syurga dan sebelah di neraka beb. Antara kawan @ amanah ?

Sangat sangat susah . Belum tentu kita akan pilih amanah andai pembuat kesalahan itu sahabat baik kita..

''Gila kuasa''  .   ''poyo''  . ''cermin diri sendiri''  .

Itu cemuhan biasa sebagai seorang pemimpin. Siapa yang suka undang2 kan ? *termasuk aku hahaha

Apa yang aku belajar ialah SABAR , JATI DIRI , dan satu nilai utama dalam memimpin ialah DEKAT DENGAN ALLAH . Bekas tokoh pelajar merangkap senior aku pernah berkata . Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak tinggal qiamulail . *sentap abis aku


Aku berkongsi cerita bukan ingin mendabik dada. Tetapi sebagai guideline kepada bakal pemimpin pelajar bahawa memimpin bukan hanya di meja meeting . Tetap melibatkan hubungan kita  dengan Allah juga .

Wallahualam..

Sedikit gambar kenang kenangan dunia amanah .

Perletakan Presiden secara rasmi

sesi Q&A bersama bakal MPP

bersama idola tokoh pelajar *sebelah

Lembaga Disiplin Pelajar 11/12
BWP 11/12





Keluarga JPP KMKN 13/14       
Time jadi mc majlis

Pengacara penutup minggu aktiviti *havoc yawss !

Teliti ketika bos besar bagi arahan hihi



Semeja with taiko selaku penasihat LDP

Posing with ayahnda hahahak

Testing mic 1 2 3

Geng2 keusahawan *opss tie haha

manifesto KMKN

Tunggu appointment dngan Puan Pengarah

Posing sebelum handle majlis hohohor

Program keluarga angkat , motivator

Khidmat Masyarakat Acheh


 Ni je gambar yang mampu aku korek dalam pc aku. Kenangan mengimbau ~











2 comments:

  1. wah..may Allah grant u blessings upon ur responsibilities!amin,,
    -your sister NH-

    ReplyDelete