Assalamualaikum
wbt..
InsyaAllah
saya ingin kongsi satu kisah..insyaAllah kita ambik iktibar daripada kisah ini...
Sarah ialah merupakan seorang anak yatim yang
telah kehilangan ibunya akibat kanser. Ayahnya, Encik Bahar pula berkerja
sebagai seorang pegawai kerajaan di salah sebuah pejabat kerajaan di bandar.
Sarah merupakan anak tunggal dan kehidupan Encik Bahar sangat berubah selepas
kematian isterinya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ayah nak makan apa, mai Sarah masakkan ?
", tanya Sarah kepada ayahnya.
''
Apa2 je lah ",dibalas ringkas ayahnya.
Kehidupan
mereka tidak lagi semesra ketika ibunya masih ada. Pelangi yang tercipta dulu
tidak lagi seindah hari ini.
Selepas kematian ibu Sarah, ayahnya mengalami
tekanan emosi yg teruk. Ekoran daripda tekanan yang ditanggung, ayahnya
terjerumus ke dunia arak. Selalu pulang kerumah dalam keadaan mabuk. Pada suatu
malam, Sarah telah diperkosa oleh ayahnya yang sedang mabuk. Sarah meronta
ronta namun susuk tubuhnya yang kecil tidak mampu melawan ayahnya itu.
"Ya Allah beratnya ujian diturunkan
kepada hamba mu ini..... ''
'' Aku percaya Allah takkan menguji hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya itu'', Sarah cuba menenangkan dirinya. Sarah dilatih dengan penuh nilai nilai Islam oleh arwah ibunya...
'' Aku percaya Allah takkan menguji hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya itu'', Sarah cuba menenangkan dirinya. Sarah dilatih dengan penuh nilai nilai Islam oleh arwah ibunya...
Hari
berganti hari...bulan berganti bulan... perut Sarah semakin membesar. Perkara
tersebut disedari oleh salah seorang guru perempuan disekolahnya, Cikgu Ain.
Setelah didesak beberapa kali oleh Cikgu Ain, akhirnya Sarah telah menceritakan
segalanya kepada Cikgu Ain.
'' Kita tidak boleh biarkan hal ini Sarah,
kamu kena buat sesuatu '',ujar Cikgu Ain.
'' Saya buntu saya buntu cikgu, saya sudah hilang arah tuju '',adu Sarah yg menangis teresak esak.
Akhirnya
Sarah yang ditemani Cikgu Ain telah membuat laporan polis mengenai kejadian
itu. Dan tidak sampai 24jam, ayahnya telah diberkas polis.
''Dahulunya ibu telah pergi buat selamanya,
sekarang ayah pula sudah hilang dari kamus hidupku'', rintih Sarah. Dia tetap
sayangkan ayahnya walaupun telah tertimpa perkara terkutuk itu.
Sarah hidup sebatang kara dan Cikgu Ain telah
mempelawa Sarah tinggal bersamanya.
Cikgu
Ain menasihtakan Sarah supaya jangan mengugurkan kandungan tersebut.
''Cikgu
akan bantu kamu Sarah, kamu jangan risau..'', pujuk Cikgu Ain yg cuba
menenangkan Sarah.
Cikgu Ain ini antara cikgu yang paling rapat dengan Sarah dan selalu membantunya terutamanya dari segi bantuan kewangan .
Cikgu Ain ini antara cikgu yang paling rapat dengan Sarah dan selalu membantunya terutamanya dari segi bantuan kewangan .
Masa2 yang sangat ditakuti oleh Sarah telah
tiba. Dia melahirkan seorang anak perempuan yang cukup sifat. Alhamdulillah.Walau
bagaimanapu, Cikgu Ain telah mengatur semuanya. Anak Sarah itu diserahkan
kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata dan yang dalam
pada masa yang sama mencari anak angkat. Akhirnya anak Sarah itu diserahkan
kepada suami isteri itu walaupun tersimpan sedikit rasa kasih dan cinta Sarah
terhadap anak itu. Iye la, ibu mana tak sayang anak kan.
Selepas
dua bulan berpantang. Akhirnya Sarah tekad meneruskan persekolahnyanya.
Berbekalkan dengan semangat yg diberikan Cikgu Ain, Sarah tekad ingin merubah
kehidupannya. Sarah yang dulu bukan yang sekarang..
Kehidupan
Sarah telah berubah 360 darjah.
Pelangi yang dicipta tidak seindah yang
diharapkan.
Berita Sarah melahirkan anak luar nikah itu
telah tersebar luas dikampungnya. Juga turut tersebar disekolahnya. Sarah
sangat tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku. Walhal hanya dia dan
Cikgu Ain sahaja yang mengetahui perkara itu. Sarah sangat sangat tertekan.
Itu hanya kisah silam aku ! Bukan ini yang ku
pinta ! Kenapa dunia selalu tidak adil untuk ku !
Kenapa tidak memberikan kesempatan kepada diri ini merasakan sedikit kebahagiaan ?
Kenapa tidak memberikan kesempatan kepada diri ini merasakan sedikit kebahagiaan ?
Aku
lemah ya Allah... Aku lemah tanpa Mu ya Allah. Aku mengetaui segala ujian ini
didatangkan dengan penuh hikhmah. tapi aku tidak mampu. Hamba Mu memerlukan
pertolongan dan pertunjuk dari Mu.... Hari hari Sarah menjadi semakin layu.
Tiba
lah suatu hari yang sangat meruntun jiwa. Sewaktu Sarah menghadiri kelas agama
yang selalu dihadirinya.
''Assalamualaikum'',
sapa Sarah kepada ahli ahli dalam kelas agama itu...
Tiba tiba ada suara yang menyahut.
Tiba tiba ada suara yang menyahut.
''
Kami tidak menerima salam daripada orang sejijik engkau Sarah ! ''
Allahu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini.
Kenapa aku dihukum sedemikian. Sedangkan bukan aku yang ingin kan semua ini.
Kalau tidak kepada ahli ahli usrah ku kepada siapa lagi aku ingin mengadu
kesedihan ini.
''
Sabar sabar'', ujar Cikgu Ain yang tetap berada disisi.
''Cikgu tak rasa apa yang saya rasa, semua orang membenci saya, semua orang
menghukum saya sedangkan bukan saya nak semua ini '', rintih Sarah dalam
tangisan.
‘’Mengapa
begitu berat dugaan ini Cikgu Ain... ''
‘’Sarah...Allah
takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya, kamu kena ingat tu, Allah
uji sebab allah sayang'',nasihat Cikgu Ain.
''
Tapi salah ke sana nak cari kehidupan saya balik ? Salahkah saya nak cari sinar
baru dalam hidup saya balik '',Sarah mengadu.
''Hina sangat ke saya Cikgu Ain ?'',kata kata Sarah disertai tangisan air mata.
Cikgu Ain memeluk erat Sarah. Sarah sudah dianggap sebagai anak sendiri baginya..
''Hina sangat ke saya Cikgu Ain ?'',kata kata Sarah disertai tangisan air mata.
Cikgu Ain memeluk erat Sarah. Sarah sudah dianggap sebagai anak sendiri baginya..
SPM
hanya berbaki beberapa minggu lagi. Cikgu Ain tidak mahu Sarah terus dengan
linangan air matanya.
''Sarah...
awak kena sedar SPM hampir menjengah tidak lama lagi... awak perlu membuat
persediaan yang cukup. Usah difikirkan lagi masalah ini'',kata Cikgu Ain dengan
penuh harapan.
''Bagaimana saya tak sedih cikgu. Semua orang
memandang hina saya, saya sudah tiada sesiapa dalam hidup saya'', balas Sarah.
''Sarah..awak
kena ingat kita sentiasa ada Allah'', kata kata itulah sedikit sebanyak
menguatkan sedikit semangat Sarah yg sudah hilang.
Suatu
petang, Sarah merenung jauh di luar jendela. Kelihatan satu bangsal usang.
Sarah teringat kenangan bersama arwah ibunya dahulu. Di bangsal itu lah Sarah
menceritakan kepada arwah ibunya.
'' Ibu.. nanti bila Sarah dah besar, Sarah nak kerja hebat hebat, nak banggakan ibu, nak banggakan ayah, Sarah taknak kita susah lagi'', tidak semena mena air mata mencurah bagaikan sungai yang mengalir begitu deras. Sarah memeluk potret ibunya seeratnya..
''Ibu...Sarah mintak maaf.. Sarah terlalu
lemah.. Sarah tidak mampu membuat ibu bangga...Sarah dah kecewakan ibu... ''
Sarah sedar yang hanya dengan SPM dapat
merubah kehidupannya. Hanya tinggal 3 minggu sebelum SPM menjengah. Masih
sempat. InsyaAllah..
''Aku kena berusaha. Aku tidak boleh lemah
lagi. Aku kan ada Allah..''
Hari2 Sarah hanya dengan buku. Tetapi tidak
ketinggalan Sarah juga sentiasa ber-qiam setiap malam memohon pertolongan
daripada Allah. 3 minggu Sarah dengan penuh pengisian. Akhirnya SPM pun
menjengah. Alhamdulillah.
Sarah mampu menjawab dengan baik.
Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM diumumkan dan Sarah berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik seluruh negeri Kelantan.Tetapi ada desas desus suara sumbang yang masih berbisik kedengkian.
Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM diumumkan dan Sarah berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik seluruh negeri Kelantan.Tetapi ada desas desus suara sumbang yang masih berbisik kedengkian.
'' Kau
ingat kau tu dah tak suci ! Takde gunanya kau dapat gelaran pelajar terbaik
tetapi penuh dengan kehinaan'', lontaran kata2 itu disambung dengan ketawa
kecil daripada pelajar pelajar lain.
Sarah
tidak kisah. Dia sudah cukup kuat.
Sebulan selepas keputusan SPM diumumkan, Sarah telah dapat tajaan untuk menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Alhamdulillah. Akhirnya cita citanya tercapai. Sarah telah mengotakan janjinya pada arwah ibunya.
Sebulan selepas keputusan SPM diumumkan, Sarah telah dapat tajaan untuk menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Alhamdulillah. Akhirnya cita citanya tercapai. Sarah telah mengotakan janjinya pada arwah ibunya.
Tetapi
mungkin disini sahaja jihad seorang wanita yang begitu sabar dalam menempuh
segala ujian Allah dalam hidupnya.
Pagi sebelum Sarah berangkat ke Jordan...
''
Sarah... Sarah.. bangun.. dah subuh dah ni. Sarah...'', Cikgu Ain yang
mengejutkan Sarah.
Setelah berapa kali mengejutkan Sarah, Cikgu
Ain cuba memeriksa pernafasan Sarah. Ternyta Sarah sudah tidak bernafas.
''
Sarah !'', jerit Cikgu Ain..
Kematian
Sarah disifatkan kematian mengejut. Jenazah beliau telah disemadikan disebelah
pusara arwah ibunya.
Mungkin
kita baru nampak, Allah takkan saja saja menguji hambaNya. Segala ujian
tersirat seribu hikmah . Semoga jalan cerita ini mampu menitipkan sedikit
keinsafan bahawa Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya.
Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya''
wallahualam..
~rohaizad
~rohaizad

No comments:
Post a Comment