Whatsapp dakwah. Copied from Zulkiflie Amir.
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai
talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf
as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu,
atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas
jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg
dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan
keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm
perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh
anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah
Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping
kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya
kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah
Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu
difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih.
Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota
memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan
serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg
diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu
lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah
bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu
sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata
kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu
memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah
bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh
keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan
mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu
hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang
musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)

No comments:
Post a Comment