perfect-kah diri ini ? haaaa entry ni aku nak sentuh sikit orang yang kerjanya suka sangat cari koyak kat kain orang dan merasakan diri depa tu perfect sangat . ambil tahu hal orang ni terbahagi kepada dua iaitu dengan niat suci ingin menyedarkan kesilapan kita dan yang kedua ialah dengan niat keji iaitu mengumpat. diumpamakan mengumpat itu dosanya lebih berat dari berzina wahai teman2 sekalian...
penah dengar orang cakap camni ? ..alaaa dia tu bukan baik sangat, pakai jer tudung labuh...FYI, at least dia tahu jaga maruah diri dengan mengerjakan yang wajib. dengan adanya orang yang berperwatakan sedemikanlah akan menghalang hijrah seseorang. kata sahabat ku , orang yang selalu jer duk pot pet pot pet pasal kita ni kerana kehidupan kita jauh lebih indah dari kehidupan dorang . remember, one small word can give a big impact to u guys ... think wisely !
aaaahhhhhh ! rasa nak flying kick jer bile ada orang duk mengumpat pasal kita... dah caner nak setel bende alah ni ?
haaaa ni biasanya aku buat la. aku ambik je apa orang kata tu, then mirror myself . kot ada betolnya depa cakap tu ? adaa kalanya umpatan2 orang ni boleh menyedarkan kita akan kesilapan kita. contohnya la kan ,,,gedik wey dia ngan laki, kalau dia ngan laki bla bla bla bla,,, buat ketupat sampai berbuih mulut. its okay ! keep calm and take a long breath. memang temperature tengah naik giler kot time tu. tapi kan sebenarnya Allah nak uji kita and nak tunjuk silap kita tu kat mana . kot mana tau memang gedik betol2 kan . yang penting sabar.
kita mesti semua ade bff kan ? bff ni orang yang paling rapat ngan kita dan mungkin dia lebih mengenali diri kita. cuba hangpa try tanya apa yang negatif pasal hangpa.. insyaAllah apa yang bff korang cakap tu betol and try to change urself . yaa memang susah tapi insyaAllah nak berubah kearah lebih baik ni Allah permudahkan. yang penting nawaitu tu....
kita juga kena ingat, sesiapa pun yang tegur kita, terima nya dengan hati yang terbuka...jangan terus melatah . dan sabar dan terus sabar :)
dan yang berniat suci ingin menegur khilaf seseorang, lakukan dan sebarkan dakwahmu dengan sebaik baiknya seperti apa yang disaran kan Rasulullah SAW.
okay, korang kena faham..kita ni saling
berpesan pesan..bukan sebab nak tunjuk siapa lebih baik atau lebih bagus
dari siapa. okayy....kita berpesan sebab kita sayang...sebab kita
kasih...sebab kita prihatin...So, bila kita bercakap atau beri
nasihat... pastikan yang kita tidak menyinggung mana mana pihak. ni antara dakwah yang kurang sopan dan tidak diajar agama :
aku perasan yang kadang kadang kita ni niat nak dakwah. Nak ajak orang
buat kebaikan, tapi kita sindir orang tu..perli orang tu...(baik ke
camtu ? mulia ke ? terpuji ke ?) jawab sendiri ok...
insyaAllah dengan hanya kata2 yang halus mampu melembutkan hati sekeras batu.dan yang duk mengumpat tu sedarlah yang anda sedang menambah saham dosa anda kepada si diumpat. dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama manusia. andainya tak sempat memohon ampun atau dia tak maafkan kamu. maka tahulah pembalasan Allah di akhirat kelak. merangkak lah hang di padang masyar nak mohon ampun. bila rasa nak jer mengumpat, remind cepat2 diri kita balek. istighfar ! atau bila awak berada dalam kumpulan dimana mereka sedang mengumpat, cuba beredar dari situ. cakaplah nak gi tandas ke hape..
aku ni memang tak sempurna dan memang tiada yang sempurna melainkan Allah SWT . ilmu yang Allah pinjamkan insyaAllah kita kongsikan. dan semoga bermanfaat buat semua. andai terkhilaf apa2 tegur aja ye . insyaAllah :)

%5B5%5D.jpg)

No comments:
Post a Comment