Assalamualaikum . Ramadhan kareem !
Apa khabaq iman hari ini ?
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah akhirnya dipertemukan dengan bulan barakah iaitu bulan sebaik bulan, bulan Ramadhan. Jari jemari ini beria melompat ke kiri kanan keyboard ingin berkongsi sedikit pengalaman, kisah, teladan berkaitan ragam manusia yang NAMPAK BAIK TAPI......
HAHA bunyi pun macam agak brutal je pemikiran aku kan, asyik nak cerita salah orang je . Entry kali ni bukan ingin cerita kepada salah orang tetapi ingin cerita realiti kehidupan. *Sekarang ambil posisi terbaik dan cuba baca hadam apa ceq nak kongsi
Realiti dan lumrah kehidupan apabila melihat seseorang yang bertudung likup 60 dikatakan ustazah. lelaki yang berkopiah serban dan berjubah dikatakan pak ostad baru polangg mekah ni. Minda kita sering di animasikan dengan visual yang dilihat dan terus melompat ke dalam kesimpulan awal sendiri. Andaikata orang melihat atau meletakkan diri anda sebagai orang yang baik maka ketahuilah diri kita ni tak baik mana pun. Do not put your life in someone expectation !
Sebenarnya Allah menutup aib kita.
Masing masing mesti ada kesilapan silam dimana kita cuba bermatian matian rahsiakan malahan kalau boleh ingin dirahsiakan dari diri kita sendiri. Kita bukan maksum kita bukan malaikat tanpa dosa. Dalam perjalanan dunia , hitung lah dosa dosa kamu nescaya butir butir pasir di pantai pun belum tentu menjadi pengukurnya .
Ya semua orang pernah melakukan kesilapan
Perkara utama dan tunjang asas kepada pengkosian ini adalah jangan menunding atau menghitung kesalahan orang lain. Tapi hitung la kesalahan mu terlebih dahulu !
Saat kita melihat orang selalu ke musolla , bertudung likup 60, berjubah dan sebagainya seolah olah kita tidak boleh menerima jikalau mereka melakukan kesilapan . Apabila melihat mereka berbuat silap, seolah olah hal itu menjadi tajuk atau isu hangat yang dijaja kesana kemari . Walhal sedarkah kita ? Syurga kah kita ni ? Allahu
"Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumah. " (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Sebagai tali simpulnya, jangan meletakkan expectation atau judgement sendiri ke atas seseorang dan jangan jadi pengukur dosa dosa orang kerana dosa kita sendiri lagi tinggi nilai hitungnya.
Tepuk dada tanya iman. Dimana kita ?
Sekian wassalam
No comments:
Post a Comment