Assalamualaikum..
Tahun ni genap 14 tahun aku menyambut Hari Bapa tanpa abah disisi. Setiap kali tiba Hari Bapa, anak2 lain mesti ber-posting di laman sosoal mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah masing2. Tidak kurang pula yang menyambut Hari Bapa bersama keluarga dengan keluar makan bersama sama ataupun bercuti bersama sama.
Bagi aku, apabila tiba Hari Bapa lah, hariku menjadi sayu terkenangkan arwah abah yang sudah 14 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Ketika abah menghembuskan nafas buat kali terakhir, aku berumur 5 tahun, Alhamdullilah Allah SWT masih memberi kesempatan kepada diri ini merasai nikmat kasih sayang seorang ayah walaupun dalam masa yang singkat.
Walaupun 14tahun sudah pemergian arwah abah, hati ini, telinga ini, mata ini masih lagi terkenangkan memori memori terindah tercipta suatu ketika dahulu. Diri ini sangat menyanyangi, mencintai arwah abah, namun kasih dan cintaku pada abah tidak mampu menandingi kasih Allah pada abah.
Masih teringat ketika arwah abah mengajarku membaca al quran. walaupun diri ini masih terangkak rangkak, arwah abah begitu sabra mengajar anak anaknya. huhu
Andainya arwah abah masih ada, sudah tentu abah akan menjadi abah paling bahagia sekali kerana putera dan puteri abah sudah tentu akan menyambut Hari Bapa dengan bermacam kejutan buat abah.
\Abahh...... Andainya abah mendengar isi hati ini, ingin sekali ku menyampai rasa rindu rasa cinta rasa saying pada mu abah. huhu. doa anak2 mu sentiasa menyusuri buat diri mu abah .
Love u abah !
