Masjid ialah rumah ibadah yang menghimpunkan para jemaah tidak mengira perbezaan politik, perbezaan warna kulit, perbezaan kasta dan juga perbezaan idealogi serta fahaman masing2. Masjid juga menjadi tempat rujukan ilmu dan menjadi pusat kepada sesuatu bandar Islam jikalau merujuk kepada sejarah yang lepas. Bahkan masjid juga selalu dijadikan tempat untuk menganjurkan ceramah agama, ''ceramah politik', liqa , usrah dan juga mampu menjadi medan untuk merasa diri kita "lebih mulia'' daripada orang yang tidak menjijak kaki di masjid. **sarcasm**
Aku yakin dan sangat percaya 90 % daripada pembaca tinta tulisan ini adalah daripada kalangan orang2 yang hebat, terpelajar, dan juga orang orang masjid. Yelaaa sesetengah orang tu mana lah minat membaca. Jangan penah salahkan melayu bangsaku ! Salahkan diri sendiri !
Okay aku dah penat berhelah pujangga menepuk hati mencari insirasi. Ayat ayat bombastik tersusun rapi agar tulisan hati ini tidak terlalu tajam menikam dan meluluhkan hati hati orang-orang didalam fikiran.
**diadaptasikan dari kisah di planet neptun dan pelakonnya hanya segelintir dan bukan semuanya**
Okay cuba baca tajuk kat atas .
Baca sekali lagi ! Dah hadam ?
Yaaa masjid hanya untuk orang masjid. Itu lah susunan perkataan yang sangat sesuai menggambarkan situasi di masjid sekarang. Ini realiti dan aku pasti realiti ini juga diangguk oleh mu. Bukankah begitu ?
Islam sekarang hanya didalam masjid. Islam takkan tersebar seantero dunia jikalau wujud lagi jemaah jemaah yang bersikap assabiah.
Membuka dada mendongak dagu. Berkata kata lebat, kalimah fisabilillah selalu diguna pakai. Tetapi dakwah yang di fatwakan dari mulut si dia hanya untuk orang orang masjid. Lantaran dimana tersebarnya Islam jikalau Islam hanya dimasjid.
Bercakap soal jemaah. Wujud sebilangan jemaah yang sangat bersikap assabiah. Hanya berada dalam kalangan orang masjid. Hanya berani membuka dada melantangkan suara dakwah hanya di masjid. Apabila berada di luar rumah ibadah, mereka pandang orang orang yang tiada cahaya "masjid" diwajah seolah olah orang yang bakal terjun kedalam api neraka. Sedar lah kita, tidak masuk syurga jika wujud kesombongan sebesar biji sawi didalam hati. HR Muslim
Bercakap pula soal berkumpulan.
Wujud pula kumpulan kumpulan Islam yang kononnya Islam perjuanganya. Rasulullah idolanya.
Tetapi masih bersikap assabiah. Tiada kudrat usaha daya untuk keluar dari zon selesa tersebut. Kenapa ? Terlalu indahkah di zon itu duhai sahabat ?
Sedarlah ! Bangkit cepat ! Ayo !
Orang orang memerhatikan engkau wahai si orang orang masjid. Jangan kerana engkau, masjid direndahkan martabatnya. Masjid bukan untuk orang masjid. Masjid untuk semua orang. Pecahkan lah sikap assabiah. Ayuh perjuangkan Islam !
Orang orang memerhatikan engkau wahai si orang yang berkumpulan. Justeru leraikan lah ikatan ala ala ukhwah yang berpuak puak itu. Sahut lah seruan dakwah. Kembalikan Islam yang gemilang duhai si orang yang berkumpulan..
Kita punyai bezaan pendapat, bezaan ideologi dan juga kefahaman. Bahkan Islam juga meraikan khilaf khilaf. Justeru itu wujudnya empat mazhab. Ingat lah. Islam itu satu. Kembalikan lah kepada yang satu.
Jangan taksub.
Jangan terlalu memuja tapak berdirinya kamu. Lompat keluarlah malah buanglah keselesaan zon itu. Buang jauh jauh agar orang orang yang menjadi penyambung tali tali dakwah Rasulullah teruskan menyambung tali. Jangan diputuskan . Jangan diputuskan tali dakwah yang dijalin dengan sabar, dengan cacian, dengan darah, dengan segala seksaan dan tomahan yang dihadapi pejuang pejuang agama terdahulu.
Jika engkau tidak merasakan peritnya derita sengsara pejuang Islam terdahulu, maka akan ku sampaikan cerita yang tidak dongeng malahan mampu direalitikan serta diadaptasikan dalam kehidupan kita.
Keluarga Amar bin Ysir berasal dari Bani Makhzum. Mereka diseret keluar menuju al-Abyhah oleh kaum musyrik yang dipimpin Abu Jahal. Ayahnya meninggal kerana seksaan peri hebat itu sedangkan ibunya Sumayyah r.a, ditusuk dari arah belakang dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliaulah wanita pertama yang gugur syahid. Sementara Amar bin Yasir dijemur ditengah panas dan di atas dadanya ditindih dengan bebanan batu. Mereka juga menenggelamkan wajahnya kedalam air sehinggan pengsan. Apabila beliau separuh sedar, disuruhnya oleh kaum musyrik untuk kembali kepada agama asal. Amar bin Yasir menangis kepada Rasulullah. Lalu diturunkan ayat ini,
" Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman dia mendapat kemurkaan Allah, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman( dia tidal berdosa )" An Nahl:106
Begitulah cerita si pejuang agama. Disitu tempatnya. Disitu perjuangannya. Tetapi dimanakah kita ?
Sama-sama kita bermuhasabah dan betulkan balik kompas hidup. Mudah-mudah arah kebenaran sentiasa menjadi hala tuju kompas perjuangan kita.
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim