![]() |
| *gambar hiasan* |
Ilmu saya tak sehebat Ustaz Haron Din, tak semantap Ustaz Azhar, tak setinggi Ustaz Don. Tapi insyaAllah dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan Allah SWT, saya nak kongsikan cerita seekor kijang yang bertemu dengan Rasullulah SAW.
Kisahnya bermula sewaktu Rasullulah SAW dan para sahabat sedang berjalan menyelusuri tepi bukit. Sedang baginda Rasullulah saw sedang berjalan, baginda telah terserempak dengan seekor kijang yang terkena jerat. Dengan keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Rasullulah saw, kijang tersebut telah memberi salam kepada Rasullulah saw, dan dijawab oleh baginda.
Pada tika itu, kijang tersebut berkata kepada Rasulullah saw, tolong lepaskan aku. baginda menjawab aku tidak boleh melepaskan kamu kerana kamu bukan kepunyaanku. Kijang tersebut berkata lagi, lepaskanlah aku ya Rasullulah , aku ingin menyusukan dua ekor anak ku yang kelaparan kerana seharian aku dijerat. selepas aku menyusukan anak-anak ku, akan ku kembali ke sini dan ikatlah aku balik, pinta kijang itu.
dimana aku mempercayai kata-kata mu wahai kijang ? jikalau kau tak pulang macam mana ? kijang itu berkata lagi, aku berjanji dengan nama Allah swt untuk pulang semula ke sini selepas selesainya menyusukan kedua ekor anak ku.
Kemudian Rasullulah saw telah melepaskan jerat tersebut lalu kijang tersebut berlari sepantas nya. begitu teguh kasih ibu kijang tersebut kepada anak2nya yang sedang kelaparan. Rasullulah saw pun menunggu kijang tersebut. tunggu punya tunggu, kijang tersebut tidak muncul2. lalu Rasullulah telah membuat keputusan untuk teruskan perjalanan bersama para sahabatnya.
sewaktu Rasullulah ingin memulakan langkahnya, tiba2 terlihat satu benda yang jatuh dari atas bukit. Rupa2nya kijang tersebut telah melompat dari atas bukit ke bawah kerana khuatir tidak sempat bertemu dan melunaskan janjinya kepada Rasullulah saw. Binatang pun tahu lunaskan janji. manusia2 ? heeeeee. Selepas itu, baginda Rasullulah saw mengikat kembali kijang tersebut pada jerat itu.
Baginda meneruskan perjalanan untuk bertemu dengan satu kelompak kaum dimana jerat itu adalah kepunyaan salah seorang daripada kaum tersebut. Rasullulah bertanya kepada kelompak kaum itu, kepunyaan siapakah jerat itu ? lalu bangkit seorang pemuda yang mengatakan jerat tersebut kepunyaannya. baginda telah memberitahu bahawa jerat tersebut telah mengena. sungguh cantik dan besar kijang itu, kata baginda Rasullulah saw.
dengan nama Allah aku telah berjanji andainya jerat itu mengena, akan ku hadiahhkan kepadamu ya Rasullulah, kata pemuda itu tadi. Alhamdullilah.... Rasullulah pun pergi kepada kijang itu semula dan berkata, aku akan melepaskan mu wahai kijang kerana kau sudah dihadiahkan oleh pemilik jerat ini.
selepas baginda Rasullulah saw melepaskan jerat itu, kijang tersebut telah berkata kepada baginda. izinkan aku mengikutmu berdakwah ya Rasullulah saw ? Allahu.. begitu istimewa Rasullulah saw.
hadis tersebut menceritakan kisah ini hanya sampai disini.
kisah ini telah diceritakan oleh Tuan Guru Dato Haron Din. Dan semoga kisah ini membawa sedikit sebanyak kepada kita . insyaAllah. wallahualam :)

















