Salam.
Ya Allah lama sungguh tak meninta wacana di dunia blog ini. Alhamdulillah hari ini sedikit berkelapangan berkongsi sedikit berkaitan turun naiknya iman.
Yaaa betul ! Iman itu kadang2 kita rasa sangat2 kukuh. Sampai sehingga apa2 cubaan yang menduga kita masih utuh berdiri di landasan Allah. Tapi ada juga ketika iman kita sangat sangat teruji sehingga kita sendiri tidak mengenal diri sendiri, lupa kepada Pencipta.
Tidak beriman seseorang mukmin jika dia belum diuji . Yaa ada kalanya kita lihat golongan golongan yang berstatus pembawa agama turut terkhilaf dengan cubaan dunia. Allah. Kita ni manusia yang tidak kebal dengan dosa dan perbuatan jahat. Semua manusia ada khilafnya dan sebab itu lah kita jangan menghukum seseorang hanya kerana dosa dia berbeza dengan dosa kita. Siapa lah kita kan ?
Ada kalanya iman ini selalu rindu kepada-Mu ya Allah. Rindu dengan jemaah masjid, rindu dengan tangisan keinsafan dan rindu dengan nasihat nasihat sentapan jiwa . Jiwa anak muda ini sangat sangat mudah terusik, apatah lagi jika diuji dengan perempuan bagi lelaki, dan diuji dengan lelaki bagi perempuan .
Mintak maaf jika perkongsian satu kisah ini membuatkan ketidaksenangan seseorang. Kisahnya mengaitkan seorang pemuda yang hafiz dengan seorang perempuan.
Pemuda ini sangat tampan, lemah lembut orangnya dan hebat bacaan Al Quran nya. Umurnya lebih kurang sahaja dengan hamba ini. Al kisahnya bermula sewaktu pemuda ini menjadi imam untuk solat terawih di sebuah masjid kira kira 2 tahun lepas. Perkenalan pemuda dan wanita ini ditakdirkan berlaku sewaktu selesainya moreh iaitu makan makan kecil selepas solat terawih.
Terdetiknya tika dan waktu pada masa itu, maka bermulanya perkenalan mereka. Bermula dengan berbalas balas sms dan semakin mesra dan mesra. Tidak perlu untuk hamba ini menceritakan perkara itu secara lanjut. Pengakhirannya, pemuda itu tertangkap berkhalwat didalam tandas bersama sama perempuan tersebut.
Bukan aib manusia yang ingin hamba sebarkan. Tetapi iman itu bukan diukur pada labuhnya tudung kamu . Bukan diukur dengan kopiah putih di kepala. Bukan ! Ye hamba pasti pemuda tersebut mesti pernah melalui saat saat merasakan dirinya sangat dekat dengan Allah. Pernah merasakan rindu yang teramat pada Rasulullah saw . Tapi itu tika iman di kemuncak.
Tapi apabila diberikan sedikit ujian Allah, baru lah kita mampu mengukur sejauh mana iman kita ini. Andai terasa diri ini jauhhh sangat dari jalan Allah, istighfar banyak banyak . Tatkala diri ini diuji dengan dugaan yang mega hebatnya, ingatkan diri bahawa sebenarnya diri kita teruji.
Setinggi mana la sangat kita mampu memandang langit dan sejauh manakah bintang yang bisa digapai sedangkan kita tahu pengakhiran dunia kita di alam sana . Tidak kah tidak tersentap diri ini mendengar khabar kematian . Tidak kah diri ini merasakan kematian itu dah sangat sangat hampir dengan kita.
Mungkin ada sebilangan daripada kita yang berpendapat, ''alaaa, masa muda la nak enjoy''
Ceritanya sekarang, takde ke orang yang meninggal ketika muda ?
Diri ini mengingatkan nasihat nasihat agama ini bukan bermakna diri ini dah sangat sangat cukup baik. Diri ini juga pelaku dosa yang mungkin tiada nokhtahnya. Selagi kita tahu siapa sebenar benarnya tuhan kita, insyaAllah bahagia lah dunia akhirat.
Andainya diri ini tiada lagi bernyawa, mungkin ini lah bekal yang mampu dibawa di alam sana kelak. Yang baik baik kita kongsikan. Yang tak baik mohon teguran dan doa dari hamba hamba Allah sekalian.
Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment