AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Thursday, 18 June 2015

Nampak baik

Assalamualaikum . Ramadhan kareem !

Apa khabaq iman hari ini ?

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah akhirnya dipertemukan dengan bulan barakah iaitu bulan sebaik bulan, bulan Ramadhan. Jari jemari ini beria melompat ke kiri kanan keyboard ingin berkongsi sedikit pengalaman, kisah, teladan berkaitan ragam manusia yang NAMPAK BAIK TAPI......


HAHA bunyi pun macam agak brutal je pemikiran aku kan, asyik nak cerita salah orang je . Entry kali ni bukan ingin cerita kepada salah orang tetapi ingin cerita realiti kehidupan. *Sekarang ambil posisi terbaik dan cuba baca hadam apa ceq nak kongsi


Realiti dan lumrah kehidupan apabila melihat seseorang yang bertudung likup 60 dikatakan ustazah. lelaki yang berkopiah serban dan berjubah dikatakan pak ostad baru polangg mekah ni. Minda kita sering di animasikan dengan visual yang dilihat dan terus melompat ke dalam kesimpulan awal sendiri. Andaikata orang melihat atau meletakkan diri anda sebagai orang yang baik maka ketahuilah diri kita ni tak baik mana pun. Do not put your life in someone expectation !

Sebenarnya Allah menutup aib kita.

Masing masing mesti ada kesilapan silam dimana kita cuba bermatian matian rahsiakan malahan kalau boleh ingin dirahsiakan dari diri kita sendiri. Kita bukan maksum kita bukan malaikat tanpa dosa. Dalam perjalanan dunia , hitung lah dosa dosa kamu nescaya butir butir pasir di pantai pun belum tentu menjadi pengukurnya .

Ya semua orang pernah melakukan kesilapan

Perkara utama dan tunjang asas kepada pengkosian ini adalah jangan menunding atau menghitung kesalahan orang lain. Tapi hitung la kesalahan mu terlebih dahulu !

Saat kita melihat orang selalu ke musolla , bertudung likup 60, berjubah dan sebagainya seolah olah kita tidak boleh menerima jikalau mereka melakukan kesilapan . Apabila melihat mereka berbuat silap, seolah olah hal itu menjadi tajuk atau isu hangat yang dijaja kesana kemari . Walhal sedarkah kita ? Syurga kah kita ni ? Allahu

 "Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumah. " (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Sebagai tali simpulnya, jangan meletakkan expectation atau judgement sendiri ke atas seseorang dan jangan jadi pengukur dosa dosa orang kerana dosa kita sendiri lagi tinggi nilai hitungnya.

Tepuk dada tanya iman. Dimana kita ?

Sekian wassalam

Saturday, 13 June 2015

Jom kenali orang pertama !

Assalamualaikum hakak habang semua, Akademik tinggi tinggi semua kan jadi meh kita laraskan ilmu agama dengan ilmu duniawi. Jom kenali orang orang pertama ini. Kipidap yaw !

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang pertama yang akan diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saei antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar(Ibnu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA
12. Orang pertama lelaki yang syahid dalam Islam : Al Harith Bin Abi Halah RA
13. Orang pertama perempuan yang syahid dalam Islam : Sumayyah Binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab : Abdullah bin Amru bin Al Ash RA
15. Orang pertama yang memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabbah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bi Abi Tholib RA
18. Orang pertama yang membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-Dary RA
19. Orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama yang menulis sirah Nabi SAW :  Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang pertama yang membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang pertama yang menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA
25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang pertama yang mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang pertama yang menghafal al-Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
28. Orang pertama yang membina menra di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
29. Orang pertama yang digelar AL-Muqry : Mus'ab bin Umair RA
30. Orang pertama yang akan masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW

Semoga bermanfaat ;)