AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Tuesday, 25 November 2014

Organisasi bercahaya

Assalamualaikum.


Dah lama tak melenguhkan jari jemari menekan keyboard melaporkan lintasan minda ini. Huhh sibuk sangat sekarang . Dengan belajar , dengan program , dengan urusan surat menyurat jpa lagi. But alhamdulillah malam ni terdetik hati menaip kata kata minda meluahkan isi hati. ceeewaah ayat abis sastera :p

Dalam hidup pinjaman Allah ni, dah banyak organisasi diceburi terutamanya dalam organisasi kepimpinan. hampir 5 tahun jugaklah berkecipung dalam dunia ni. So far memang banyak experience yang dikutip.

Sekarang di alam universiti aku dah tak aktif dengan leadership . Aku lebih aktif dengan organisasi bercahaya . bukan riak nak bagitau masyarakat dunia tapi sebagai perkongsian luasan minda . Sebenarnya satu je yang aku tertarik dengan organisasi bercahaya ni.

Nak tau apa ?

Organisasi ni sangat mementingkan soal ikhtilat . sewaktu meeting , ahli sangat menjaga ikhtilat . Jarang sekali nak dengar suara muslimah organisasi gelak ketawa . Pandangan dan jarak antara ahli sangat dijaga .

Ini pengalaman yang aku tak penah dapat dalam mana mana organisasi yang aku ceburi . Hebat mmg hebat . Masing masing bercakap perkara yang berkaitan sahaja dan turut diselitkan dengan kata kata rahmat dan pujian kepada Allah swt.

Organisasi bercahaya ini juga bukan sahaja sekadar menguruskan program program masjid tetapi juga melatih diri berorganisasi mengikut syarak . ukhwah dibentuk juga sangat sangat menakjubkan.

ditegur tatkala terkhilaf , dibimbing ke jalan Allah, diseru bantu agama Allah . semua nilai ini boleh diketemui di dalam organisasi bercahaya.

Sambil sambil letih menguruskan program, dapat juga ganjaran daripada Allah . setiap titisan peluh keluar tatkala menguruskan program agama insyaAllah diberikan berganda balasan pahala Allah. masyaAllah.


Wallahualam


No comments:

Post a Comment