Assalamualaikum.
27 November 2014 tarikh PRK UUM.
Sepanjang pemerhatian aku , pilihan raya kampus ni is totally different with pilihan raya di maktab dan kolej aku dulu . Mungkin kerana di universiti terdapat banyak parti parti yang bertanding .
Bermacam ragam senario yang aku lihat sepanjang PRK ni . Masing2 berkempen mempromot diri , ada yang menggunakan cara lurus dan ada yang menggunakan cara keji . Yang aku paling meluat dengan PRK ni ialah setiap parti mesti memburuk burukkan parti lawan.
Haih ketandusan pemikiran betol la . Fitnah menfitnah pun seakan akan makanan wajib dalam pilihan raya kampus ni. Tu baru pilihanraya kampus, tak lagi pilihanraya sebenar di dunia luar. Kalau ini lah bekal yang calon calon ada, lingkup Malaysia lingkup !
Mereka seakan akan menggunakan pelbagai helah dalam berkempen ni dan aku sifatkan perkara ni sangat sangat tak matang dan bodoh . Kami ni pengundi pengundi tak bodoh la mudah diperkotak katikan dengan helah kurang bijak anda itu .
Mungkin disini bunyi agak menghentam PRK . Tapi ini realiti dan bukan cerita dongeng karangan Sameon.
Gadaikan harga diri demi kuasa. Sangat memalukan.
Baru ku sedar pilhanraya ni sebenarnya penuh dengan isu kotor dan tidak hairanlah isu blackout menjadi penyebab kemarahan rakyat suatu ketika dahulu .
Teringat aku kisah Adam Adli dan Fahmi Zainol. Mereka ni seakan akan dianggap pembangkang oleh kerajaan. Setiap kata ungkapan mereka tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan ramai yang cuba menutup mulut pemimpin pelajar ini daripada bercakap. Tetapi apabila pemimpin pelajar yang lebih menyebelahi kepada 'orang itu' , diberikan ruang seluas luasnya bercakap . Tiada langsung sekatan . Wujud ke istilah double standard ?
Wake up Malaysia. Persembahan apakah yang cuba disampaikan oleh orang orang ini. Jangan sampai tergadai negara semata mata ingin terus berkuasa. Rakyat punyai mata , punyai telinga untuk meneliti.
Tersenyum sinis aku mengenangkan nasib Malaysia . OhMalaysiaku
No comments:
Post a Comment