AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Sunday, 19 October 2014

Bergetar tetapi adakah jodoh ?

Assalamualaikum wbt.

'' Tulang rusuk kiri bergetar ''
Adakah benar getaran itu  membawa pertanda jodoh atau getaran yang dipetik syaitan yang penuh tipu daya menyesatkan ?



Kebiasaanya yang dialami anak muda remaja sekarang termasuklah tuan empunya diri ini ialah jatuh cinta pada orang yang salah , pada tika ketika yang tidak tepat dan tika waktu iman masih bergelut buas dengan nafsu usia muda . Cinta itu di ibaratkan sihir . Yang memungkin kan apa semua yang mustahil . Cinta juga bersifat infiniti yang tiada kesudahan .


*tarik nafas , bismillah


Jatuh cinta sememangnya fitrah . Saya ulang ,  ianya FITRAH . Fitrah yang dijadikan Allah pada setiap jiwa makhluk-Nya supaya kita sedar yang ukhwah cinta sememangnya indah . indah bagaimana ?

Cinta itu indah apabila saling melengkapi . Cinta itu indah apabila berukhwah dan berakidahkan Islam . Cinta itu menjadi semakin indah apabila saling tegur menegur saling nasihat menasihati. Tetapi keindahan cinta tidak dapat ditandingi apabila ianya HALAL !




Persoalan nya . Salah kah jatuh cinta ?

Hehhh !
Ceq nak tanya hangpa ni . Hangpa ni manusia atau tin biskut yang tidak punyai perasaan ? Heeee
Sememangnya tak salah . Malahan cinta itu ukhwah . Ukhwah itu sangat sangat indah . Tapi bak kata ustazah fatimah syarha ,  adakah cinta yang lahir tu cinta alat ? ataupun cinta matlamat ..

Baru baru ini kami sempat ber islamic circle.

Penah diutarakan tajuk ini.
Haaa bukan main rancak lagi bebbb kongsi ilmu . Hahaha

Yang paling menarik sekali ialah daripada akhi naqib saya .

'' Dia kata tak salah jatuh cinta . Tetapi ada caranya nak didik hati dalam jatuh cinta ''
*baca dua kali

Ye . BOLEHKAH ? Saya tahu awak awak semua mesti nak cakap/hentam kenyataan ni . Bukankah itu salah satu jalan mendekatkan kepada zina. Jatuh cinta mendekatkan kepada zina ? 

Bebbbs, mari keluar sikit dari kepompong fikiran celaru celara ni .
Jatuh cinta dan bercinta itu tak sama ! Jatuh cinta itu kehidupan. Bercinta pula haram andai bukan dalam ikatan yang sah . 

Okay mari kita lompat ke sudut lain .
Cuba kita statistik kan ramai mana yang kapel ? Berdua duaan . Berkasih kasihan . Bersayang sayangan . Bermanja manjaan.

Ramai bukan ?

Wujud je  golongan  ''faham'' Islam yang hentam dan terus cakap kat pasangan yang tengah mabuk bercinta ni bahawa cinta itu haram ! berdosa ! masuk neraka ! bla bla bla *sambil betulkan kopiah.
Ini dapat dianalogikan seperti mengajak seseorang yang tak penah solat fardhu untuk solat dhuha .

Rasa rasanya dorang boleh terima ke cara macam tu ? dakwah pun ada caranya . Saya bukan ustaz . Saya bukan ulama' . Apa lagi wali Allah . Hanya perkongsian jiwa. Seeloknya orang yang faham Islam ini lebih kreatif dalam berdakwah . Jangan sampai niat baik itu disalah ertikan sehingga menyebabkan seseorang itu semakin jauh dari Islam .

Bagi saya. Untuk anak muda yang jatuh cinta, seeloknya ..

1. Berdoa dan sabar hati dalam menanti.
2. Kalau tak mampu , takut si dia di ambil orang, Jumpa wali si dia. Terus terang .

Tetapi sebaik baiknya andai nafsu tidak lagi mampu dikawal . Hati tidak mampu lagi di sabarkan .

Berpuasa lah .

InsyaAllah ia mampu mendidik nafsu . Akan tetapi jangan sesekali bermain dengan api ! Takot terbakar diri merana jiwa tatkala hati dah tak mampu di frekuansikan lagi dengan Allah . Dan jangan menjadi pencuri kepada iman seseorang . Jangan !



Dan ada satu kata kata penyeri daripada seorang ahli usrah saya .

Rukun nikah ada 4. Tetapi rukun kapel hanya satu je .

Teka apa ?

A.Tidak halal
B. Haram
C. Dekati zina
D. Rosak hati

*nanti boleh rujuk ustaz/ ustazah korang

Bagi yang faham tentang COUPLE ni . Tegur jangan sampai menghina . Benci jangan sampai mencaci . Sesungguhnya Islam itu indah .

Wallahualam.




Friday, 10 October 2014

Together

Salam.
Biar gambar berbicara.
*aktifkan mood scrolling ^_^


















































LIFE BEYOND TEXTBOOK. THE POTENTIAL WITHIN

by Aiman Azlan =)
Assalamualaiku wbt..Sebuah perkongsian setelah mengikuti program bersama aiman azlan.

*gambar yg tak seberapa nk clear



- Talk ni lbih kpd utk bgtau yg education bkn hnya pd textbook n bkn hnya ada kat skolah shj.
-bhsa textbook sgt boring. Baca 5 minit pun blh jd mngntuk. Sbb tu la ramai yg lbih suka bc novel n so on.

Even bku yg education pun , diorg still blh bc asalkan bukan textbook
-brother Aiman suggest 1 buku utk kita baca. WEAPONS OF MASS INSTRUCTION....by John Taylor Gatto. Dlm buku ni, beliau mnentang mentaliti msyrkt tntg education

- kseluruhan talk mlm ni, brother Aiman just ambil definisi education from that book.

Firstly,

1. LARGELY SELF-INITIATED
- everything starts from you!
-Allah x kn ubah satu kaum mlainkan kaum itu sndri yg mngubhnya
- jgn ukur diri kita brdsrkn org lain
-cari potensi kita sndiri
- masuk kls tu biar ada rasa seronok nk bljr. Biar ada rasa minat nk bljr
- bila kita minat ssuatu tu, kita x kn rasa mcm dpksa utk mlkukan ssuatu

Secondly,

2. BROAD EXPERIENCE
- Kita kne kluar drpd comfort zone kita
-org yg seumur hidup dia brada kat msia, dia x blh ckp yg dia dah lihat dunia
- caranya, kita kne travel. Tgk dunia luar. Tgk kebesaran ciptaan Allah. Bila kita travel, we can widen our knowledge. Kita akn tahu bnda yg kita x tahu. Kita blh bljr bnda baru. Baru kita tahu dunia yg sbnr lbih bsr dr diri kita sndiri
- kalu anda anggp smua mnusia itu sama, hrp maaf, anda slh planet

Thirdly,

3. CONSTANT INTROSPECTION
-Ability utk tgk diri kita sndiri
-sedar tjuan/mtlmt hidup kita
-stiap mnusia ada Tuhan n mnjd hamba kpd ssuatu. Persoalannya, Tuhan mnakah yg kita ambil sbg Tuhan kita?
-jgn brtuhankan nafsu

Fourthly,

4. ABILITY TO FOCUS/CONCENTRATE ON ONE'S PURPOSE IN SPITE OF DISTRACTION
- cth: kita kne buat assgnmnt, due date 3 hr lg, pastu bukak la lptop nk start buat. N then tiba2 msuk whatsapp. Pastu start la ak rply dia rply ak rply dia rply, n then mmg say goodbye la to the assgnmnt.
-dlm hidup kita, kita ada Tuhan yg jelas iaitu Allah. Pastu dtg satu distraction, satu distraction, satu distraction yg smkin lama mnyebbkn kita jauh dr Allah
- sbb tu kita kne focus akan mtlmt hidup kita

Fifthly,

5. CURIOSITY, PATIENCE, AND INTENSE WATCHFULNESS
- Sherlock Holmes seorg yg sgt suka observe. Bliau mlihat dunia dgn tliti
- dlm education, kita kne pupuk satu skill utk minat something.
- for example, bila cg dah abis ajar n then dia tnya any question? Ok smua mcm krik3
-kat situ mnunjukkan kita x de curiosity utk tahu dgn lbih lnjut mngenai ape yg kita bljr
- scientific method brmula dgn observation
- kne btul2 mneliti dunia
- Allah kata dlm al Quran. Ada org yg ada mata, tlinga, mulut tp x guna sbaik2nya. Kita baca ayt tu n then ckp dlm hati 'ni bkn tuju kat ak ni. Org lain ni'. Cuba kita letak diri kita sbg watak utama. Cth: Aku ada mata tlinga mulut tp Aku x guna dgn sbaiknya.
- kita bc ayt "jgn ptus asa drpd rhmat Allah". Cuba ltak diri kita. Aku takkan ptus asa drpd rahmat Allah . Ni baru la ade feel nk bc al Quran. Biasanya baca al Quran hnya skdr baca. Try letak diri kita dlm situasi tu
-kita stress dgn satu ujian khidupan tp kita lupa dgn sjuta nikmat Allah brikan
- apabila mnghdapi ssuatu ujian, tnjukkan rasa syukur wlaupun sdikit, insyaAllah Allah akn tmbh lg nikmat
- Allah nk ajar cara kita lihat khidupan.
- if u have a difficulty, stay strong n think about what we still have

Sixthly,

6. LEARN FROM MISTAKES
- this is the best way to learn
- cuba btul2 n then trima feedback from others
- having ability to accept feedback
- feedback n rsult x kn dtg tnpa kita cuba
- Thomas Edison cuba byk kali utk buat mentol
"Ak x gagal 1000x tp ak jumpa 1000 cara utk tak mmbuat mntol"
- u nk ckp english, u kne try! U kne ejek, u kne try!
- hangout dgn someone yg blh bg support kat kita
- brother Aiman prnh jd juri prtndingan debate pringkt mtriculation. Ade sorg debater ni mmg sgt2 broken english dia. "What i'm trying to say is............. u u understad what i say? " lbih kurg mcm tu la ayt dia. Mmg debater tu la yg pling broken english dia. Smua org gelak kat dia. But brother Aiman congratulate him bcoz dia brani mncuba!
- ade sorg budak kecik ni. Kwn ayh dia dtg kat rmh.bdk ni ade niat nk buat air kat kwn ayh dia. Pastu siap buat air, suddenly, dia jtuh n everything pecah. Gelas pecah dulang pecah. So, ayh dia mrh sgt kat dia. Sdgkn bdk kecik jz nk try buat air. So, u fikir bdk kecik ni akn buat air lg tak lps kne mrh dgn ayh dia?
-sbb tu la kita kne appreciate the efforts n give suggestion. Cth: ayh dia ckp "x pe x pe. At least adik cuba. Nanti try buat dgn gelas plastik plk"
EDUCATION vs SCHOOL
- Anti pmikiran org yg mngatakan skolah satu2 nya tmpt to get education
- skolah hnyalah satu method to get education
- ade org dia xpegi skolah but still dia dpt education
- dlm sistem pnddikan kita, org yg kls 1st djulang. Kls last dpinggirkan. Btapa ramai bdk kls last tu mrupkn sorg yg genius. Mungkin diorg x bijak dr segi pmbljrn , tp diorg bijak ke arah bnda lain.
A PERSON WHO STAND ON A PIECE OF PAPER IS GOOD IMPROVEMENT TO TOUCH THE SKY
-wlaupun kita just brdiri atas scebis krts , kita dah mlepasi tahap ktinggian tanah dan hmpir utk mnyentuh langit
I MOVE SLOWLY BUT I NEVER MOVE BACKWARD
-X kire la kita amik dploma ke, ijazah ke, matrik ke, smua org berhak brjya dgn cara masing2
WORDS CAN ONLY HURT YOU IF YOU ALLOW THEM TO ENTER YOUR HEART
- Pdulikan ape org nk kata psl kita.

Wallahua'lam .

Thursday, 9 October 2014

Bas dan Ikhtilat

Assalamualaikum wbt..




Haaa korang baca tajuk pun dah rare kan ? kihkihkih..
Ini bukan cerita dongeng tujuh malam  bermimpi puteri kayangan atau terjumpa putera katak dan sebagainya. ini cerita BAS dan IKHTILAT . macamana tu ye ? hmmmm

Actually dalam bas ni kita(lelaki) sangat sangat teruji dengan kaum hawa ni. kecuali kepada sesiapa yang cacat nafsunya . bhahahaaa jahat nyer aku -,-

K. sesape yang naik bas tu , penah kena himpit ? penah kena tolak butt? , penah dipegang lengan sebagai tempat berpaut ? hahahaha. Aku dah cakap ini bukan cerita dongeng. Pengalaman beb pengalaman. Bagi yang selalu naik bas ni terutamanya pelajar universiti pasti akan mengalami perkara ni. bagi yang bakal ke uni, trust on me that u will face it !

As we know perempuan sangat ramai sekarang dan nisbah perempuan di universiti 1:4 . Memang cukup2la bagi lelaki . hehehe :p

Okay stop merapu.
*mood serius

Secara tak langsungnya semestinya perempuan lebih ramai dari lelaki dalam bas kan. So lelaki lebih teruji . Tapi senior aku ajar beberapa cara nak jaga ikhtilat dalam bas ni. Actually tak la fully berkesan but at least kita cuba mengelak.

Bagi adam :

1. Kalau boleh datang awal tunggu bas, so that kita takde la perlu himpit dengan perempuan sewaktu  nak naik bas.

2. Cari seat yang bahagian depan means yang dekat dengan pakcik driver tu. Sebabnya....Kita akan lebih menjaga pandangan kita apabila duk depan depan ni. Ataupun, kalau duk seat belakang pun, tundukkan pandangan.

3. Elak pakai baju lengan pendek atau elakkan daripada sising lengan baju. Hal ini dapat elakkan tersentuh tanpa berlapik.

4. Kalau perempuan duk sebelah seat kita macamna lak ? Jangan ketar lutut lagi bebbbs ! Just yang penting ialah jaga pandangan.

5. Kalau perempuan yang kurang menjaga ikhtilat ni berada disebelah hangpa, jangan khuatir, seeloknya tegur secara halus. Like... ''excuse me" *sambil buat gerakkan yang menunjukkan anda nak dia berjarak dengan anda.

6. Dan jenis yang tak reti bahasa gak , kasi flyingkick je sebijik ! kehkehkeh

Bagi hawa :

Sooooooo simple !

1. Perelokkan pakaian . Jangan tunjuk sangat heh kat orang yang hangpa tu. Sorok sikit ya. Jangan dijadikan tontonan untuk hawa nafsu lelaki. Hangpa bukan barang pameran beb *sorry teguran sentap

2. No istilah '' ladies first '' dalam time nak naik bas. Kasi la kaum minoriti naik dulu yeee. *serious talk.




Syaitan tidak akan berhenti untuk menghasut anak anak adam dari menambah dosa sedia ada.
So, BEWARE guys ! Selagi kita boleh jaga, kita jaga.

Bukan mudah but tekadkan niat dulu . InsyaAllah akan dipermudahkan.

Wallahu'alam..



Monday, 29 September 2014

Hai haters ! ^_^

Assalamualaikum.






Semakin tinggi tangga didaki, semakin ramai yang tidak senang duduk. Itu lumrah manusia tapi bukan fitrah alam.

Haters ni dalam kacamata pandangan mereka nampak seolah olah kita ni pendosa yang tidak diampunkan Allah sehingga kita melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri kita.

Dalam erti kata yang mudah, kalau boleh mereka mahu kita ni meninggalkan semua kejayaan kita dan menjadi dungu atau bodoh. Itu harapan mereka.

Berwaspada lah. Tekadkan hati. Kentalkan jiwa.  Lidah kencang tidak mampu didiamkan semudahnya. Cukuplah sekadar membalas kata kata kencang mereka sebagaimana yang disuruh Allah :

'' Katakanlah (wahai Muhammad) : ''Matilah kamu dengan kemarahan kamu'''' (surah Ali Imran:119)

InsyaAllah terkubur sedalamnya kritikan itu dari mulut2 haters ni.

Wallahualam ^_^




Nak berjaya ke tak ?

Assalamualaikum..





Dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad,
 “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.”  
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud :
 "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Friday, 26 September 2014

Perfect kah?

Assalamualaikum wbt..

perfect-kah diri ini ? haaaa entry ni aku nak sentuh sikit orang yang kerjanya suka sangat cari koyak kat kain orang dan merasakan diri depa tu perfect sangat . ambil tahu hal orang ni terbahagi kepada dua iaitu dengan niat suci ingin menyedarkan kesilapan kita dan yang kedua ialah dengan niat keji iaitu mengumpat. diumpamakan mengumpat itu dosanya lebih berat dari berzina wahai teman2 sekalian...



penah dengar orang cakap camni ? ..alaaa dia tu bukan baik sangat, pakai jer tudung labuh...FYI, at least dia tahu jaga maruah diri dengan mengerjakan yang wajib. dengan adanya orang yang berperwatakan sedemikanlah akan menghalang hijrah seseorang. kata sahabat ku , orang yang selalu jer duk pot pet pot pet pasal kita ni kerana kehidupan kita jauh lebih indah dari kehidupan dorang . remember, one small word can give a big impact to u guys ... think wisely !




aaaahhhhhh ! rasa nak flying kick jer bile ada orang duk mengumpat pasal kita... dah caner nak setel bende alah ni ?

haaaa ni biasanya aku buat la. aku ambik je apa orang kata tu, then mirror myself . kot ada betolnya depa cakap tu ? adaa kalanya umpatan2 orang ni boleh menyedarkan kita akan kesilapan kita. contohnya la kan ,,,gedik wey dia ngan laki, kalau dia ngan laki bla bla bla bla,,, buat ketupat sampai berbuih mulut. its okay ! keep calm and take a long breath. memang temperature tengah naik giler kot time tu. tapi kan sebenarnya Allah nak uji kita and nak tunjuk silap kita tu kat mana . kot mana tau memang gedik betol2 kan . yang penting sabar.


kita mesti semua ade bff kan ? bff ni orang yang paling rapat ngan kita dan mungkin dia lebih mengenali diri kita. cuba hangpa try tanya apa yang negatif pasal hangpa.. insyaAllah apa yang bff korang cakap tu betol and try to change urself . yaa memang susah tapi insyaAllah nak berubah kearah lebih baik ni Allah permudahkan. yang penting nawaitu tu....


kita juga kena ingat, sesiapa pun yang tegur kita, terima nya dengan hati yang terbuka...jangan terus melatah . dan sabar dan terus sabar :)


dan yang berniat suci ingin menegur khilaf seseorang, lakukan dan sebarkan dakwahmu dengan sebaik baiknya seperti apa yang disaran kan Rasulullah SAW.
okay, korang kena faham..kita ni saling berpesan pesan..bukan sebab nak tunjuk siapa lebih baik atau lebih bagus dari siapa. okayy....kita berpesan sebab kita sayang...sebab kita kasih...sebab kita prihatin...So, bila kita bercakap atau beri nasihat... pastikan yang kita tidak menyinggung mana mana pihak. ni antara dakwah yang kurang sopan dan tidak diajar agama :


aku perasan yang kadang kadang kita ni niat nak dakwah. Nak ajak orang buat kebaikan, tapi kita sindir orang tu..perli orang tu...(baik ke camtu ? mulia ke ? terpuji ke ?) jawab sendiri ok...
insyaAllah dengan hanya kata2 yang halus mampu melembutkan hati sekeras batu.


dan yang duk mengumpat tu sedarlah yang anda sedang menambah saham dosa anda kepada si diumpat. dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama manusia. andainya tak sempat memohon ampun atau dia tak maafkan kamu. maka tahulah pembalasan Allah di akhirat kelak. merangkak lah hang di padang masyar nak mohon ampun. bila rasa nak jer mengumpat, remind cepat2 diri kita balek. istighfar ! atau bila awak berada dalam kumpulan dimana mereka sedang mengumpat, cuba beredar dari situ. cakaplah nak gi tandas ke hape..
aku ni memang tak sempurna dan memang tiada yang sempurna melainkan Allah SWT . ilmu yang Allah pinjamkan insyaAllah kita kongsikan. dan semoga bermanfaat buat semua. andai terkhilaf apa2 tegur aja ye . insyaAllah :)