AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Monday, 29 September 2014

Hai haters ! ^_^

Assalamualaikum.






Semakin tinggi tangga didaki, semakin ramai yang tidak senang duduk. Itu lumrah manusia tapi bukan fitrah alam.

Haters ni dalam kacamata pandangan mereka nampak seolah olah kita ni pendosa yang tidak diampunkan Allah sehingga kita melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah yang ada pada diri kita.

Dalam erti kata yang mudah, kalau boleh mereka mahu kita ni meninggalkan semua kejayaan kita dan menjadi dungu atau bodoh. Itu harapan mereka.

Berwaspada lah. Tekadkan hati. Kentalkan jiwa.  Lidah kencang tidak mampu didiamkan semudahnya. Cukuplah sekadar membalas kata kata kencang mereka sebagaimana yang disuruh Allah :

'' Katakanlah (wahai Muhammad) : ''Matilah kamu dengan kemarahan kamu'''' (surah Ali Imran:119)

InsyaAllah terkubur sedalamnya kritikan itu dari mulut2 haters ni.

Wallahualam ^_^




Nak berjaya ke tak ?

Assalamualaikum..





Dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad,
 “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.”  
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud :
 "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Friday, 26 September 2014

Perfect kah?

Assalamualaikum wbt..

perfect-kah diri ini ? haaaa entry ni aku nak sentuh sikit orang yang kerjanya suka sangat cari koyak kat kain orang dan merasakan diri depa tu perfect sangat . ambil tahu hal orang ni terbahagi kepada dua iaitu dengan niat suci ingin menyedarkan kesilapan kita dan yang kedua ialah dengan niat keji iaitu mengumpat. diumpamakan mengumpat itu dosanya lebih berat dari berzina wahai teman2 sekalian...



penah dengar orang cakap camni ? ..alaaa dia tu bukan baik sangat, pakai jer tudung labuh...FYI, at least dia tahu jaga maruah diri dengan mengerjakan yang wajib. dengan adanya orang yang berperwatakan sedemikanlah akan menghalang hijrah seseorang. kata sahabat ku , orang yang selalu jer duk pot pet pot pet pasal kita ni kerana kehidupan kita jauh lebih indah dari kehidupan dorang . remember, one small word can give a big impact to u guys ... think wisely !




aaaahhhhhh ! rasa nak flying kick jer bile ada orang duk mengumpat pasal kita... dah caner nak setel bende alah ni ?

haaaa ni biasanya aku buat la. aku ambik je apa orang kata tu, then mirror myself . kot ada betolnya depa cakap tu ? adaa kalanya umpatan2 orang ni boleh menyedarkan kita akan kesilapan kita. contohnya la kan ,,,gedik wey dia ngan laki, kalau dia ngan laki bla bla bla bla,,, buat ketupat sampai berbuih mulut. its okay ! keep calm and take a long breath. memang temperature tengah naik giler kot time tu. tapi kan sebenarnya Allah nak uji kita and nak tunjuk silap kita tu kat mana . kot mana tau memang gedik betol2 kan . yang penting sabar.


kita mesti semua ade bff kan ? bff ni orang yang paling rapat ngan kita dan mungkin dia lebih mengenali diri kita. cuba hangpa try tanya apa yang negatif pasal hangpa.. insyaAllah apa yang bff korang cakap tu betol and try to change urself . yaa memang susah tapi insyaAllah nak berubah kearah lebih baik ni Allah permudahkan. yang penting nawaitu tu....


kita juga kena ingat, sesiapa pun yang tegur kita, terima nya dengan hati yang terbuka...jangan terus melatah . dan sabar dan terus sabar :)


dan yang berniat suci ingin menegur khilaf seseorang, lakukan dan sebarkan dakwahmu dengan sebaik baiknya seperti apa yang disaran kan Rasulullah SAW.
okay, korang kena faham..kita ni saling berpesan pesan..bukan sebab nak tunjuk siapa lebih baik atau lebih bagus dari siapa. okayy....kita berpesan sebab kita sayang...sebab kita kasih...sebab kita prihatin...So, bila kita bercakap atau beri nasihat... pastikan yang kita tidak menyinggung mana mana pihak. ni antara dakwah yang kurang sopan dan tidak diajar agama :


aku perasan yang kadang kadang kita ni niat nak dakwah. Nak ajak orang buat kebaikan, tapi kita sindir orang tu..perli orang tu...(baik ke camtu ? mulia ke ? terpuji ke ?) jawab sendiri ok...
insyaAllah dengan hanya kata2 yang halus mampu melembutkan hati sekeras batu.


dan yang duk mengumpat tu sedarlah yang anda sedang menambah saham dosa anda kepada si diumpat. dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama manusia. andainya tak sempat memohon ampun atau dia tak maafkan kamu. maka tahulah pembalasan Allah di akhirat kelak. merangkak lah hang di padang masyar nak mohon ampun. bila rasa nak jer mengumpat, remind cepat2 diri kita balek. istighfar ! atau bila awak berada dalam kumpulan dimana mereka sedang mengumpat, cuba beredar dari situ. cakaplah nak gi tandas ke hape..
aku ni memang tak sempurna dan memang tiada yang sempurna melainkan Allah SWT . ilmu yang Allah pinjamkan insyaAllah kita kongsikan. dan semoga bermanfaat buat semua. andai terkhilaf apa2 tegur aja ye . insyaAllah :)








Thursday, 25 September 2014

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Dakwah whatsapp. Copied from unknown.





Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk
waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala
anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.
\
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu
Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya
memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip
hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah
kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah.
Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..
bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi
Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa.

Forum Remaja

Assalamualaikum wbt..


Kaifa halukum ? Ana alhamdulillah... ^_^

Entry kali ni aku cuma nak kongsi pengalaman menjadi panel bagi sebuah forum bertajuk Forum Dakwah Remaja di Kolej Mara Kuala Nerang.




Alhamdulillah diberikan kepercayaan oleh ustazah aku untuk menjadi salah seorang panel bagi forum remaja itu. Ahli panel dan moderator forum semua dari kaum hawa, aku seorang je lelaki atas stage tu. haha. memang tebal pun muka ni. hik3. tapi insyaAllah ..tetapkan nawaitu kita nak sampaikan kebaikan.

Tajuk yang diberikan kebanyakkan berkaitan dengan remaja. Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan ikhtilat, kapel islamik *eh ade ke :p* , aurat dan sebagainya.

selepas selesai berforum selama 3 pusingan, tibalah saat QnA atau sesi soal jawab dengan tetamu jemputan Allah .

soalan pertama datang dari kaum hawa yang berbunyi ''kenapa masih ada kaum hawa yang dirogol sedangkan mereka dah menutup aurat mereka?''

selepas berbincang dengan ahli panel lain, aku menjawab persoalan itu.

just simple,
'muslimah' bertudung labuh atau berniqab memang dah menutup aurat mereka dengan sempurna. tetapi adakah mereka telah menutup 'aurat ikhtilat' mereka. kalau belum, maka itu la jawapan kepada persoalan tadi.

yaaa, kalau kita lihat pun memang situasi ini wujud. sangat2 dekat dengan kita. memang ada. niqabis, cantik dah berpurdah pakai tudung labuh semua tetapi ikhtilat tuuu haihhhh  gedik sana , gedik sini. malu la kat agama *hanya segelintir .

yang tak tahan tu, wujud pulak si niqabis ni kaki selpie, nak selpie silakan... selpie la sampai lebam tapi takyah la duk upload gambaq hampa kat facebook, instagram so on, pastu letak caption, ''aku hanya insan biasa'' . apekehal ?? jangan jadi alat fitnah kepada agama yaaa *hanya segelintir

mesti ada segelintir muslimah yang tak suka dengan kenyataan ni. kenapa asyik2 wanita bertudung labuh dan berpurdah di mention.

 okay aku bagi analogi, dalam banyak2 batu berwarna hitam, wujud satu je batu berwarna putih kat situ. mesti menjadi perhatian kan ?
haaa faham ? dan actually bukan hanya tudung labuh atau purdah yang dipikul , tetapi golongan ini juga memikul dakwah Islam.

Orang bukan Islam akan lihat kepada niqabis2 ini dahulu. Kalau baik perangai si niqabis ini maka baik la tanggapan mereka terhadap Islam dan secara tak langsung awak berdakwah dengan pakaian awak semua.

haa got it ?

bukan hanya kaum hawa. kaum adam pun sama. kaum adam ni dilahirkan sebagai pemimpin. dan sebagai pemimpin, sudah semestinya menjadi kewajiban dalam membawa teguh panji panji Islam.


okay 2nd question, ni dari classmate aku.

''apakah hukum lelaki memakai seluar ketat hingga menampakkan tutt?''

yaaa a nice question. memang kita lihat trend sekarang ramai lelaki pakai seluar2 ketat.
apakehel nye nak pakai ketat2 wahai si labu ? pakai lah mengikut keselesaan...

tapi bukan pasal keselesaan nak sentuh ni tp pasal menampakkan tuttt tu, bunyi memang nampak 18sx . but benda ni la yang selalu berlaku.

okay.
hukum lelaki memakai seluar ketat ? boleh ke ? haram ke ?

actually aku pening nak jawab soalan ni. dalam 5 minit para panel berbincang, dan merujuk kepada ustazah kami juga...

hukum memakai seluar ketat bagi lelaki adalah makruh... tetapi boleh menjadi haram sekiranya menampakkan tuttttt. wallahualam..

Kaum adam . take a note.

banyak lagi isi forum itu tp setakat ini termampu aku kongsi dahulu.

Alhamdulillah forum yang lebih kurang dua jam tu menebar tirainya. Alhamdulillah juga diberikan kesempatan menyebarkan sedikit ilmu Allah walaupun diri ini masih merangkak rangkak.

insyaAllah bermanfaat. :)









Tuesday, 23 September 2014

Hina kah aku ?



Assalamualaikum wbt.. 

InsyaAllah saya ingin kongsi satu kisah..insyaAllah kita ambik iktibar daripada kisah ini...

Sarah ialah merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan ibunya akibat kanser. Ayahnya, Encik Bahar pula berkerja sebagai seorang pegawai kerajaan di salah sebuah pejabat kerajaan di bandar. Sarah merupakan anak tunggal dan kehidupan Encik Bahar sangat berubah selepas kematian isterinya.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Ayah nak makan apa, mai Sarah masakkan ? ", tanya Sarah kepada ayahnya. 

'' Apa2 je lah ",dibalas ringkas ayahnya. 
Kehidupan mereka tidak lagi semesra ketika ibunya masih ada. Pelangi yang tercipta dulu tidak lagi seindah hari ini.
Selepas kematian ibu Sarah, ayahnya mengalami tekanan emosi yg teruk. Ekoran daripda tekanan yang ditanggung, ayahnya terjerumus ke dunia arak. Selalu pulang kerumah dalam keadaan mabuk. Pada suatu malam, Sarah telah diperkosa oleh ayahnya yang sedang mabuk. Sarah meronta ronta namun susuk tubuhnya yang kecil tidak mampu melawan ayahnya itu.

 "Ya Allah beratnya ujian diturunkan kepada hamba mu ini..... ''

'' Aku percaya Allah takkan menguji hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya itu'', Sarah cuba menenangkan dirinya. Sarah dilatih dengan penuh nilai nilai Islam oleh arwah ibunya... 
Hari berganti hari...bulan berganti bulan... perut Sarah semakin membesar. Perkara tersebut disedari oleh salah seorang guru perempuan disekolahnya, Cikgu Ain. Setelah didesak beberapa kali oleh Cikgu Ain, akhirnya Sarah telah menceritakan segalanya kepada Cikgu Ain.

'' Kita tidak boleh biarkan hal ini Sarah, kamu kena buat sesuatu '',ujar Cikgu Ain.

'' Saya buntu saya buntu cikgu, saya sudah hilang arah tuju '',adu Sarah yg menangis teresak esak.
Akhirnya Sarah yang ditemani Cikgu Ain telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Dan tidak sampai 24jam, ayahnya telah diberkas polis.

''Dahulunya ibu telah pergi buat selamanya, sekarang ayah pula sudah hilang dari kamus hidupku'', rintih Sarah. Dia tetap sayangkan ayahnya walaupun telah tertimpa perkara terkutuk itu.
Sarah hidup sebatang kara dan Cikgu Ain telah mempelawa Sarah tinggal bersamanya.

Cikgu Ain menasihtakan Sarah supaya jangan mengugurkan kandungan tersebut.
''Cikgu akan bantu kamu Sarah, kamu jangan risau..'', pujuk Cikgu Ain yg cuba menenangkan Sarah.
 Cikgu Ain ini antara cikgu yang paling rapat dengan Sarah dan selalu membantunya terutamanya dari segi bantuan kewangan .
Masa2 yang sangat ditakuti oleh Sarah telah tiba. Dia melahirkan seorang anak perempuan yang cukup sifat. Alhamdulillah.Walau bagaimanapu, Cikgu Ain telah mengatur semuanya. Anak Sarah itu diserahkan kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata dan yang dalam pada masa yang sama mencari anak angkat. Akhirnya anak Sarah itu diserahkan kepada suami isteri itu walaupun tersimpan sedikit rasa kasih dan cinta Sarah terhadap anak itu. Iye la, ibu mana tak sayang anak kan.

Selepas dua bulan berpantang. Akhirnya Sarah tekad meneruskan persekolahnyanya. Berbekalkan dengan semangat yg diberikan Cikgu Ain, Sarah tekad ingin merubah kehidupannya. Sarah yang dulu bukan yang sekarang.. 
Kehidupan Sarah telah berubah 360 darjah.
Pelangi yang dicipta tidak seindah yang diharapkan.
Berita Sarah melahirkan anak luar nikah itu telah tersebar luas dikampungnya. Juga turut tersebar disekolahnya. Sarah sangat tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku. Walhal hanya dia dan Cikgu Ain sahaja yang mengetahui perkara itu. Sarah sangat sangat tertekan.

Itu hanya kisah silam aku ! Bukan ini yang ku pinta ! Kenapa dunia selalu tidak adil untuk ku ! 

Kenapa tidak memberikan kesempatan kepada diri ini merasakan sedikit kebahagiaan ? 
Aku lemah ya Allah... Aku lemah tanpa Mu ya Allah. Aku mengetaui segala ujian ini didatangkan dengan penuh hikhmah. tapi aku tidak mampu. Hamba Mu memerlukan pertolongan dan pertunjuk dari Mu.... Hari hari Sarah menjadi semakin layu.
Tiba lah suatu hari yang sangat meruntun jiwa. Sewaktu Sarah menghadiri kelas agama yang selalu dihadirinya.

''Assalamualaikum'', sapa Sarah kepada ahli ahli dalam kelas agama itu...

Tiba tiba ada suara yang menyahut.
'' Kami tidak menerima salam daripada orang sejijik engkau Sarah ! ''
 Allahu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Kenapa aku dihukum sedemikian. Sedangkan bukan aku yang ingin kan semua ini. Kalau tidak kepada ahli ahli usrah ku kepada siapa lagi aku ingin mengadu kesedihan ini. 
'' Sabar sabar'', ujar Cikgu Ain yang tetap berada disisi.
''Cikgu tak rasa apa yang saya rasa, semua orang membenci saya, semua orang menghukum saya sedangkan bukan saya nak semua ini '', rintih Sarah dalam tangisan. 
‘’Mengapa begitu berat dugaan ini Cikgu Ain... '' 
‘’Sarah...Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya, kamu kena ingat tu, Allah uji sebab allah sayang'',nasihat Cikgu Ain. 
'' Tapi salah ke sana nak cari kehidupan saya balik ? Salahkah saya nak cari sinar baru dalam hidup saya balik '',Sarah mengadu. 

''Hina sangat ke saya Cikgu Ain ?'',kata kata Sarah disertai tangisan air mata. 
 Cikgu Ain memeluk erat Sarah. Sarah sudah dianggap sebagai anak sendiri baginya.. 
SPM hanya berbaki beberapa minggu lagi. Cikgu Ain tidak mahu Sarah terus dengan linangan air matanya. 
''Sarah... awak kena sedar SPM hampir menjengah tidak lama lagi... awak perlu membuat persediaan yang cukup. Usah difikirkan lagi masalah ini'',kata Cikgu Ain dengan penuh harapan.
 ''Bagaimana saya tak sedih cikgu. Semua orang memandang hina saya, saya sudah tiada sesiapa dalam hidup saya'', balas Sarah. 
''Sarah..awak kena ingat kita sentiasa ada Allah'', kata kata itulah sedikit sebanyak menguatkan sedikit semangat Sarah yg sudah hilang. 
Suatu petang, Sarah merenung jauh di luar jendela. Kelihatan satu bangsal usang. Sarah teringat kenangan bersama arwah ibunya dahulu. Di bangsal itu lah Sarah menceritakan kepada arwah ibunya.

'' Ibu.. nanti bila Sarah dah besar, Sarah nak kerja hebat hebat, nak banggakan ibu, nak banggakan ayah, Sarah taknak kita susah lagi'', tidak semena mena air mata mencurah bagaikan sungai yang mengalir begitu deras. Sarah memeluk potret ibunya seeratnya..
 ''Ibu...Sarah mintak maaf.. Sarah terlalu lemah.. Sarah tidak mampu membuat ibu bangga...Sarah dah kecewakan ibu... ''
 Sarah sedar yang hanya dengan SPM dapat merubah kehidupannya. Hanya tinggal 3 minggu sebelum SPM menjengah. Masih sempat. InsyaAllah..
 ''Aku kena berusaha. Aku tidak boleh lemah lagi. Aku kan ada Allah..''
 Hari2 Sarah hanya dengan buku. Tetapi tidak ketinggalan Sarah juga sentiasa ber-qiam setiap malam memohon pertolongan daripada Allah. 3 minggu Sarah dengan penuh pengisian. Akhirnya SPM pun menjengah. Alhamdulillah. Sarah mampu menjawab dengan baik.

 Beberapa bulan selepas itu, keputusan SPM diumumkan dan Sarah berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik seluruh negeri Kelantan.Tetapi ada desas desus suara sumbang yang masih berbisik kedengkian.
'' Kau ingat kau tu dah tak suci ! Takde gunanya kau dapat gelaran pelajar terbaik tetapi penuh dengan kehinaan'', lontaran kata2 itu disambung dengan ketawa kecil daripada pelajar pelajar lain. 
Sarah tidak kisah. Dia sudah cukup kuat. 

Sebulan selepas keputusan SPM diumumkan, Sarah telah dapat tajaan untuk menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam. Alhamdulillah. Akhirnya cita citanya tercapai. Sarah telah mengotakan janjinya pada arwah ibunya.

Tetapi mungkin disini sahaja jihad seorang wanita yang begitu sabar dalam menempuh segala ujian Allah dalam hidupnya.
 Pagi sebelum Sarah berangkat ke Jordan... 
'' Sarah... Sarah.. bangun.. dah subuh dah ni. Sarah...'', Cikgu Ain yang mengejutkan Sarah.
 Setelah berapa kali mengejutkan Sarah, Cikgu Ain cuba memeriksa pernafasan Sarah. Ternyta Sarah sudah tidak bernafas.
'' Sarah !'',  jerit Cikgu Ain..
Kematian Sarah disifatkan kematian mengejut. Jenazah beliau telah disemadikan disebelah pusara arwah ibunya.

Mungkin kita baru nampak, Allah  takkan saja saja menguji hambaNya. Segala ujian tersirat seribu hikmah . Semoga jalan cerita ini mampu menitipkan sedikit keinsafan bahawa Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya. Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya''


wallahualam..

~rohaizad

Saturday, 20 September 2014

Sahabat dan kawan

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah masih diberikan sedikit ruang oleh Allah s.w.t tuk hambe berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan kawan dan sahabat ini.




Ukhwah merupakan satu kemanisan yang secara autonya akan wujud apabila disemai dengan nilai nilai Islam. Dalam hidup kita akan jumpa macam macam jenis kawan. ada kawan yg akan pimpin kita ke syurga Allah dan ada juga kawan yg akan tolak kita ke dalam seteruk teruk tempat iaitu neraka,



Dalam faslafah hidup aku senang je, berkawan biar ramai tapi bersahabat kepada orang yg bantu bawa kita ke syurga Allah.

Kita tengok kepada campus life contohnya, berapa ramai pelajar, ataupun kita spesifik kan lagi, berapa ramai orang melayu yang jatuh longlai ke lembah kemaksiatan. berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan. Allahu. sedih. sedih. Sedih Rasulullah saw tengok umat dia mcm ni,



Tau tak ? Rasululah saw sangat cinta akan umatnya sedangkan Baginda tak kenal pun kita. Kita yang dah kenal Rasulullah saw ni ?? tepuk dada tanya iman.

Semuanya bermula daripada tersalah pilih sahabat.

Kita tidak akan mampu berjalan sorang2. perlu kepada sahabat yg setia mengingatkan kita solat, belajar, dan juga sebagai tempat berkongsi pendapat.

Bersabatlah dengan orang baik2. Kalau rasa diri ini tidak kuat, cari lah sahabat yang dekat dengan Allah. insyaAllah perlahan lahan kita turut akan dekat dengan Allah.



Aku bercakap atau berkongsi ilmu atau pengalaman bukan bermakna aku ni sempurna. aku turut sama menegur diri ku. kalau mengharapkan manusia sesempurna Rasulullah saw untuk sebarkan kebaikan nescaya Islam takkan tersebar. InsyaAllah sama2 kita bantu sebarkan kebaikan agama Allah..

Wallahua'lam..






Monday, 1 September 2014

Usah Bersedih

Whatsapp dakwah. Copied from Zulkiflie Amir.





1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan. 


4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 


5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 


6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...


7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. 


8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...


9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan...... 


(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)