AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING IS GOING WRONG. YET YOU DON’T REALIZE THAT ALLAH IS SETTING EVERYTHING RIGHT ^_^

Thursday, 18 June 2015

Nampak baik

Assalamualaikum . Ramadhan kareem !

Apa khabaq iman hari ini ?

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah akhirnya dipertemukan dengan bulan barakah iaitu bulan sebaik bulan, bulan Ramadhan. Jari jemari ini beria melompat ke kiri kanan keyboard ingin berkongsi sedikit pengalaman, kisah, teladan berkaitan ragam manusia yang NAMPAK BAIK TAPI......


HAHA bunyi pun macam agak brutal je pemikiran aku kan, asyik nak cerita salah orang je . Entry kali ni bukan ingin cerita kepada salah orang tetapi ingin cerita realiti kehidupan. *Sekarang ambil posisi terbaik dan cuba baca hadam apa ceq nak kongsi


Realiti dan lumrah kehidupan apabila melihat seseorang yang bertudung likup 60 dikatakan ustazah. lelaki yang berkopiah serban dan berjubah dikatakan pak ostad baru polangg mekah ni. Minda kita sering di animasikan dengan visual yang dilihat dan terus melompat ke dalam kesimpulan awal sendiri. Andaikata orang melihat atau meletakkan diri anda sebagai orang yang baik maka ketahuilah diri kita ni tak baik mana pun. Do not put your life in someone expectation !

Sebenarnya Allah menutup aib kita.

Masing masing mesti ada kesilapan silam dimana kita cuba bermatian matian rahsiakan malahan kalau boleh ingin dirahsiakan dari diri kita sendiri. Kita bukan maksum kita bukan malaikat tanpa dosa. Dalam perjalanan dunia , hitung lah dosa dosa kamu nescaya butir butir pasir di pantai pun belum tentu menjadi pengukurnya .

Ya semua orang pernah melakukan kesilapan

Perkara utama dan tunjang asas kepada pengkosian ini adalah jangan menunding atau menghitung kesalahan orang lain. Tapi hitung la kesalahan mu terlebih dahulu !

Saat kita melihat orang selalu ke musolla , bertudung likup 60, berjubah dan sebagainya seolah olah kita tidak boleh menerima jikalau mereka melakukan kesilapan . Apabila melihat mereka berbuat silap, seolah olah hal itu menjadi tajuk atau isu hangat yang dijaja kesana kemari . Walhal sedarkah kita ? Syurga kah kita ni ? Allahu

 "Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumah. " (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Sebagai tali simpulnya, jangan meletakkan expectation atau judgement sendiri ke atas seseorang dan jangan jadi pengukur dosa dosa orang kerana dosa kita sendiri lagi tinggi nilai hitungnya.

Tepuk dada tanya iman. Dimana kita ?

Sekian wassalam

Saturday, 13 June 2015

Jom kenali orang pertama !

Assalamualaikum hakak habang semua, Akademik tinggi tinggi semua kan jadi meh kita laraskan ilmu agama dengan ilmu duniawi. Jom kenali orang orang pertama ini. Kipidap yaw !

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang pertama yang akan diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari kiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saei antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar(Ibnu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA
12. Orang pertama lelaki yang syahid dalam Islam : Al Harith Bin Abi Halah RA
13. Orang pertama perempuan yang syahid dalam Islam : Sumayyah Binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab : Abdullah bin Amru bin Al Ash RA
15. Orang pertama yang memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang pertama yang menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabbah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bi Abi Tholib RA
18. Orang pertama yang membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-Dary RA
19. Orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama yang menulis sirah Nabi SAW :  Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang pertama yang beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang pertama yang mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang pertama yang membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang pertama yang menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA
25. Orang pertama yang membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang pertama yang mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang pertama yang menghafal al-Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
28. Orang pertama yang membina menra di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
29. Orang pertama yang digelar AL-Muqry : Mus'ab bin Umair RA
30. Orang pertama yang akan masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW

Semoga bermanfaat ;)










Sunday, 15 March 2015

Iman itu roda

Salam.


Ya Allah lama sungguh tak meninta wacana di dunia blog ini. Alhamdulillah hari ini sedikit berkelapangan berkongsi sedikit berkaitan turun naiknya iman.

Yaaa betul ! Iman itu kadang2 kita rasa sangat2 kukuh. Sampai sehingga apa2 cubaan yang menduga kita masih utuh berdiri di landasan Allah. Tapi ada juga ketika iman kita sangat sangat teruji sehingga kita sendiri tidak mengenal diri sendiri, lupa kepada Pencipta.

Tidak beriman seseorang mukmin jika dia belum diuji . Yaa ada kalanya kita lihat golongan golongan yang berstatus pembawa agama turut terkhilaf dengan cubaan dunia. Allah. Kita ni manusia yang tidak kebal dengan dosa dan perbuatan jahat. Semua manusia ada khilafnya dan sebab itu lah kita jangan menghukum seseorang hanya kerana dosa dia berbeza dengan dosa kita. Siapa lah kita kan ?

Ada kalanya iman ini selalu rindu kepada-Mu ya Allah. Rindu dengan jemaah masjid, rindu dengan tangisan keinsafan dan rindu dengan nasihat nasihat sentapan jiwa . Jiwa anak muda ini sangat sangat mudah terusik, apatah lagi jika diuji dengan perempuan bagi lelaki, dan diuji dengan lelaki bagi perempuan .

Mintak maaf jika perkongsian satu kisah ini membuatkan ketidaksenangan seseorang. Kisahnya mengaitkan seorang pemuda yang hafiz dengan seorang perempuan.

Pemuda ini sangat tampan, lemah lembut orangnya dan hebat bacaan Al Quran nya. Umurnya lebih kurang sahaja dengan hamba ini. Al kisahnya bermula sewaktu pemuda ini menjadi imam untuk solat terawih di sebuah masjid kira kira 2 tahun lepas. Perkenalan pemuda dan wanita ini ditakdirkan berlaku sewaktu selesainya moreh iaitu makan makan kecil selepas solat terawih.

Terdetiknya tika dan waktu pada masa itu, maka bermulanya perkenalan mereka. Bermula dengan berbalas balas sms dan semakin mesra dan mesra. Tidak perlu untuk hamba ini menceritakan perkara itu secara lanjut. Pengakhirannya, pemuda itu tertangkap berkhalwat didalam tandas bersama sama perempuan tersebut.

Bukan aib manusia yang ingin hamba sebarkan. Tetapi iman itu bukan diukur pada labuhnya tudung kamu . Bukan diukur dengan kopiah putih di kepala. Bukan ! Ye hamba pasti pemuda tersebut mesti pernah melalui saat saat merasakan dirinya sangat dekat dengan Allah. Pernah merasakan rindu yang teramat pada Rasulullah saw . Tapi itu tika iman di kemuncak.

Tapi apabila diberikan sedikit ujian Allah, baru lah kita mampu mengukur sejauh mana iman kita ini. Andai terasa diri ini jauhhh sangat dari jalan Allah, istighfar banyak banyak . Tatkala diri ini diuji dengan dugaan yang mega hebatnya, ingatkan diri bahawa sebenarnya diri kita teruji.

Setinggi mana la sangat kita mampu memandang langit dan sejauh manakah bintang yang bisa digapai sedangkan kita tahu pengakhiran dunia kita di alam sana . Tidak kah tidak tersentap diri  ini mendengar khabar kematian . Tidak kah diri ini merasakan kematian itu dah sangat sangat hampir dengan kita.

Mungkin ada sebilangan daripada kita yang berpendapat, ''alaaa, masa muda la nak enjoy''

Ceritanya sekarang, takde ke orang yang meninggal ketika muda ?


Diri ini mengingatkan nasihat nasihat agama ini bukan bermakna diri ini dah sangat sangat cukup baik. Diri ini juga pelaku dosa yang mungkin tiada nokhtahnya. Selagi kita tahu siapa sebenar benarnya tuhan kita, insyaAllah bahagia lah dunia akhirat.

Andainya diri ini tiada lagi bernyawa, mungkin ini lah bekal yang mampu dibawa di alam sana kelak. Yang baik baik kita kongsikan. Yang tak baik mohon teguran dan doa dari hamba hamba Allah sekalian.

Sekian wassalam.




Sunday, 18 January 2015

First Sem Break !

Assalamualaikum  cik abang cik akak semua...

Fuhhh agak lama sangat ceq tak melenguhkan jari jemari ye. So hari ni rasanya nak exercise jemari ni dengan berkongsi apa yang ceqq buat time cuti sem 1 ni. Haaa

Actually ni la saat ku paling tunggu. Dah tepu dah otak duk pulun ka blajaq ja . So bila cuti2 macam ni buku memang aku tak kenal la. Hahahaa. Masa cuti kita enjoy yeah !

Duk umah ni takde la best sangat sebab aku 3 beradik je dalam keluarga ni. My parent konfem2 balik malam. Akak pula still di overseas. Tinggal la ceq ngan adik pompuan . Nak jadi ke ceerita sepanjang cuti ni jadual ku seakan akan anak dara jugak la . hahaha

Bangun pepagi p antaq adik pi sekolah. Jemur baju. Bsuh pinggan dan seangkatan dengannya. Sapa kata lelaki tak boleh buat ? :p 

Aku buat sbb kesian kat parent aku letih2 balik keja so boleh la depa rehat sikit hohor. Anak soleh la kekononnya. puih haha

And biasanya dua harii seminggu aku akan buat tusyen akaun kat bebudak yang nak ambik akaun spm. So boleh la duit poket sikit sambil2 dapat ngorat2 gadis gadis cun. Ehhh karang marah lak cik tunang nuhhh :p . 

Mostly kawan2 brotherhood ceq tak duk dekat ngan teganu . Mostly stay at Selangor . So kebanyakkan masa aku habiskan ngan sanak sedare la kat teganu ni. Al maklum la sedare ceq dah macam semua orang dah dalam kampung tu. Hikss

Then kebiasaanya kalau bosan sangat aku start kereta then p jejalan rumah ibu yang merupakan guru aku dahulu tapi ukhwahnya dah macam family sendiri dah. Duk sembang2 sambil layan karenah anak2 dia yang kecik tu. 

N insyaAllah feb nanti ceqq ada motivation talk di Kolej Mara dan bertindak sebagai urusetia. 

Haaa ni la tambah tolak apa yang aku buat sepanjang sem break ni. Ni cerita aku yang aku rekodkan. Tau sape yang baca pun naik jemu. But keep ur reading skills as well :p

Salam holiday dari pakcik jad ^-^

Monday, 8 December 2014

Besarnya erti sabar

Assalamualaikum.


Kadang kadang hati ini selalu berfikir adakah aku ni dah jadi yang terbaik untuk arwah abah ku. Am i perfect for him.

Walaupun disaat perginya satu satunya permata hati ku ketika itu hanya berusia 5 tahun , tapi aku fahami apa itu ertinya kasih sayang seorang ayah walaupun hanya dipinjamkan 5 tahun oleh Allah swt, aku tetap bersyukur kerana aku sempat kenal siapa ayah ku.

Ketika berusia 5 tahun aku sudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Menjaga adik adik kakak dan ibu ku. Sewaktu itu kami bukan dari kalangan orang yang senang . Pernah sekali perut kami hanya berbekalkan mee hoon yang direbus dengan air panas dan diletakkan sedikit garam. Itu antara makanan yang pernah kami makan sewaktu hidup kami susah selepas hilang tempat kebergantungan.

Dalam kesusahan itu ibuku mengajarkan kepada ku satu nilai iaitu jangan meminta minta kepada orang lain dan jangan berhutang walaupun terpaksa mengikat perut . Sudah lumrah , yang miskin akan selalu dihina dan dipandang orang kelas bawahan. Sejujurnya memang itu akan terjadi, aku tau sebab ini pengalaman aku.


Ibuku belajar membuat kuih .
Kami adik beradik selalu bantu . Adik wan suka main dengan tepung, dipenyek penyek tepung gandum sambil menemani ibuku yang bertungkus lumus sehingga ke pagi hari untuk menyiapkan kuih kuih tempahan orang.Ketika itu adik syam masih baby. Kalau menangis, mesti adik wan yang pergi tepuk2 adik syam . Aku pula tugasnya ialah selalu mengakat guni2 gandum tong gas dan sebagainya. Dan akak pula selalunya akan bantu ibu dalam proses membuat kuih. Walaupun hidup kami serba susah tika itu, kami sangat bahagia. Bahagia dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kami yang kami percaya tak semua orang dapat. Kami bersyukur


Beberapa tahu selepas itu, adik wan pergi meninggalkan kami kerana menghidapi demam campak. Sebagai abang, aku sangat sangat sedih . Kehilangan abah masih lagi terasa dan sekali lagi diuji dengan kehilangan adik wan . Aku sedih sebab hilangnya adik. Aku sedih melihat ibuku sedih.

Beberapa tahun selepas itu, tiba lah saat adik syam pula meninggalkan kami kerana dipercayai menghidapi penyakit RTA(aku tak tau nama penuhnya apa) . Sekali lagi aku lihat airmata ibuku jatuh.
Aku redha ketentuan Ilahi sebab aku percaya Allah nak hadiahkan pelangi disebalik ujian.

Hampir 10 tahun semua itu berlalu.

Hidup kami memang dihadiri pelangi. Betul lah, apabila kita bersabar tatkala didatangkan ujian insyaAllah Allah akan hadiahkan sesuatu yang tiada dalam jangkaan kita.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

2014.

Aku menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam ijazah sarjana muda perakaunan.
Kakak ku pula menuntut di salah satu universiti di Rusia dalam bidang perubatan.
Dan ibuku pula menjawat jawatan assistant manager di salah sebuah syarikat automobil.

Betul apa yang dicakap. Bersabarlah tatkala ditimpa ujian, nescaya sinar pelangi akan muncul di kemudian hari.

Surah Al Baqarah ayat 155 :
'' Dan sungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar ''

Itu kisah hidup ku. Setiap dugaan inilah yang membuatkan hidup ku semakin bertujuan.
Kepada arwah abah, insyaAllah selagi diri ijad ni dipanjangkan hayat, ijad akan jaga keluarga kita baik baik. Dan kepada ibuku, kuatkan lah semangat disaat membesarkan kami, insyaAllah suatu hari kami akan balas jasa jasa itu.

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad .

Sunday, 30 November 2014

Malasnya nak study...

Assalamualaikum.


Malasnya nak belajar. Kena hafal buku tebai nak mammmp . Kena hafal itu ini. Assignment pergh berterabur beb . Huhuhu sape yang bergelar pelajar konfem penah lalui ni semua kan ? alaaa jangan tipu laa. hohohor

insyaAllah aku nak kongsi sedikit cara nak atasi rasa malas ni. First sekali pergi ambik wudhu' dulu @ paling kurang cuma basuh muka. *untuk pengetahuan, wudhuk ni dapat kembalikan aura kesegaran tubuh badan

Dah siap ?
Minum segelas air kosong.

Okay dah nak mula dah ni.
Keluarkan semua 'peralatan perang' . Aku tau, tengok buku pun dah stress apatah lagi baca hahahaa..
Okay sekarang cuba pejamkan mata dan bayangkan kejayaan kita, bayangkan kita menerima segulung ijazah dan sebagainya , bayangkan sesuatu yang anda rasa dapat membuatkan anda lebih bersemangat.Bayangkan juga sewaktu anda penah gagal dalam hidup. Pernah fail exam. Penah dikutuk sebab tidak sepandai orang lain. Tidak dipandang sebab tak sebijak orang lain. Trust me, it is like a spirit booster

Okay, dah, takyah bayang lama2 hahaha nanti buat peta atas meja tu aku tau. haha
Sekarang cuba puji diri sendiri dengan kata2 motivasi. Cakap ''aku hebat aku hebat " . Terpulang dengan cara macamana.

Then, cuba korang study . Alaaa bosan la study jeeeee manjang. Ok takpe, cuba reward kan diri, contohnya , ''lepas habiskan bab ni aku nak main coc la jap'' . Then lepas rewardkan tu, sambung balik study. Korang boleh jugak reward dengan scroll TL or IG or so on it depends in u guys .
Tapi aku tau korang rewardnya konfem tak berhenti dah. hahahaha. Ala ala kadar je la ye reward nya. Jangan reward p main dota la hahaha xD hancuihhh


Last but not least, kalau rasa malas nak study, cuba amalkan amalan ni :

1. Berwudhu'
2. Minum air kosong
3. Bayangkan kejayaan masa depan dan pengalaman sewaktu jatuh dahulu
4. Puji diri sendiri
5. Reward kan diri



Ini tips dari motivator abang raja dan juga amin idris. InsyaAllah. Selamat beramal. Fight fight fight !

Wednesday, 26 November 2014

Pilihan Raya Kampus

Assalamualaikum.


27 November 2014 tarikh PRK UUM.

Sepanjang pemerhatian aku , pilihan raya kampus ni is totally different with pilihan raya di maktab dan kolej aku dulu . Mungkin kerana di universiti terdapat banyak parti parti yang bertanding .

Bermacam ragam senario yang aku lihat sepanjang PRK ni . Masing2 berkempen mempromot diri , ada yang menggunakan cara lurus dan ada yang menggunakan cara keji . Yang aku paling meluat dengan PRK ni ialah setiap parti mesti memburuk burukkan parti lawan.

Haih ketandusan pemikiran betol la . Fitnah menfitnah pun seakan akan makanan wajib dalam pilihan raya kampus ni. Tu baru pilihanraya kampus, tak lagi pilihanraya sebenar di dunia luar. Kalau ini lah bekal yang calon calon ada, lingkup Malaysia lingkup !

Mereka seakan akan menggunakan pelbagai helah dalam berkempen ni dan aku sifatkan perkara ni sangat sangat tak matang dan bodoh . Kami ni pengundi pengundi tak bodoh la mudah diperkotak katikan dengan helah kurang bijak anda itu .

Mungkin disini bunyi agak menghentam PRK . Tapi ini realiti dan bukan cerita dongeng karangan Sameon.

Gadaikan harga diri demi kuasa. Sangat memalukan.

Baru ku sedar pilhanraya ni sebenarnya penuh dengan isu kotor dan tidak hairanlah isu blackout menjadi penyebab kemarahan rakyat suatu ketika dahulu .

Teringat aku kisah Adam Adli dan Fahmi Zainol. Mereka ni seakan akan dianggap pembangkang oleh kerajaan. Setiap kata ungkapan mereka tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan ramai yang cuba menutup mulut pemimpin pelajar ini daripada bercakap. Tetapi apabila pemimpin pelajar yang lebih menyebelahi kepada 'orang itu' , diberikan ruang seluas luasnya bercakap . Tiada langsung sekatan . Wujud ke istilah double standard ?

Wake up Malaysia. Persembahan apakah yang cuba disampaikan oleh orang orang ini. Jangan sampai tergadai negara semata mata ingin terus berkuasa. Rakyat punyai mata , punyai telinga untuk meneliti.

Tersenyum sinis aku mengenangkan nasib Malaysia . OhMalaysiaku