Kadang kadang hati ini selalu berfikir adakah aku ni dah jadi yang terbaik untuk arwah abah ku. Am i perfect for him.
Walaupun disaat perginya satu satunya permata hati ku ketika itu hanya berusia 5 tahun , tapi aku fahami apa itu ertinya kasih sayang seorang ayah walaupun hanya dipinjamkan 5 tahun oleh Allah swt, aku tetap bersyukur kerana aku sempat kenal siapa ayah ku.
Ketika berusia 5 tahun aku sudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Menjaga adik adik kakak dan ibu ku. Sewaktu itu kami bukan dari kalangan orang yang senang . Pernah sekali perut kami hanya berbekalkan mee hoon yang direbus dengan air panas dan diletakkan sedikit garam. Itu antara makanan yang pernah kami makan sewaktu hidup kami susah selepas hilang tempat kebergantungan.
Dalam kesusahan itu ibuku mengajarkan kepada ku satu nilai iaitu jangan meminta minta kepada orang lain dan jangan berhutang walaupun terpaksa mengikat perut . Sudah lumrah , yang miskin akan selalu dihina dan dipandang orang kelas bawahan. Sejujurnya memang itu akan terjadi, aku tau sebab ini pengalaman aku.
Ibuku belajar membuat kuih .
Kami adik beradik selalu bantu . Adik wan suka main dengan tepung, dipenyek penyek tepung gandum sambil menemani ibuku yang bertungkus lumus sehingga ke pagi hari untuk menyiapkan kuih kuih tempahan orang.Ketika itu adik syam masih baby. Kalau menangis, mesti adik wan yang pergi tepuk2 adik syam . Aku pula tugasnya ialah selalu mengakat guni2 gandum tong gas dan sebagainya. Dan akak pula selalunya akan bantu ibu dalam proses membuat kuih. Walaupun hidup kami serba susah tika itu, kami sangat bahagia. Bahagia dengan nikmat yang Allah anugerahkan kepada kami yang kami percaya tak semua orang dapat. Kami bersyukur
Beberapa tahu selepas itu, adik wan pergi meninggalkan kami kerana menghidapi demam campak. Sebagai abang, aku sangat sangat sedih . Kehilangan abah masih lagi terasa dan sekali lagi diuji dengan kehilangan adik wan . Aku sedih sebab hilangnya adik. Aku sedih melihat ibuku sedih.
Beberapa tahun selepas itu, tiba lah saat adik syam pula meninggalkan kami kerana dipercayai menghidapi penyakit RTA(aku tak tau nama penuhnya apa) . Sekali lagi aku lihat airmata ibuku jatuh.
Aku redha ketentuan Ilahi sebab aku percaya Allah nak hadiahkan pelangi disebalik ujian.
Hampir 10 tahun semua itu berlalu.
Hidup kami memang dihadiri pelangi. Betul lah, apabila kita bersabar tatkala didatangkan ujian insyaAllah Allah akan hadiahkan sesuatu yang tiada dalam jangkaan kita.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
2014.
Aku menuntut di Universiti Utara Malaysia dalam ijazah sarjana muda perakaunan.
Kakak ku pula menuntut di salah satu universiti di Rusia dalam bidang perubatan.
Dan ibuku pula menjawat jawatan assistant manager di salah sebuah syarikat automobil.
Betul apa yang dicakap. Bersabarlah tatkala ditimpa ujian, nescaya sinar pelangi akan muncul di kemudian hari.
Surah Al Baqarah ayat 155 :
'' Dan sungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar ''
Itu kisah hidup ku. Setiap dugaan inilah yang membuatkan hidup ku semakin bertujuan.
Kepada arwah abah, insyaAllah selagi diri ijad ni dipanjangkan hayat, ijad akan jaga keluarga kita baik baik. Dan kepada ibuku, kuatkan lah semangat disaat membesarkan kami, insyaAllah suatu hari kami akan balas jasa jasa itu.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad .






























.jpg)



%5B5%5D.jpg)
